MCA sudah berbunyi bab "Himpunan Melayu"... persoal kenapa buat pada Hari Malaysia..!!
MCA persoal tarikh Perhimpunan Baju Merah
Mohamad Fadli
| September 15, 2015
MCA berpandangan tarikh yang dipilih untuk Himpunan Baju Merah itu tidak sesuai dan akan menyinggung perasaan rakyat terutama di Sabah dan Sarawak.
PETALING JAYA: MCA menyifatkan tarikh yang dipilih penganjur Himpunan Melayu Bersatu pada 16 September sebagai tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.
Ketua Pemudanya, Senator Chong Sin Woon mempersoalkan tarikh berkenaan kerana ia dibuat pada Hari Malaysia.
Katanya, perbuatan itu akan menyinggung penduduk di Sabah dan Sarawak kerana pada tarikh berkenaan mereka menyambut hari kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.
“…Seperti kita tidak setuju dengan Himpunan Bersih 4.0 adalah kenapa diadakan di waktu kita meraikan Hari Kemerdekaan, sama dengan ‘Himpunan Baju Merah’ kenapa jatuh pada hari Malaysia?.
“Walaupun mereka punyai hak kenapa mereka tidak pilih tarikh yang lebih sesuai agar tidak menyinggung perasaan lain,” katanya ketika dihubungi FMT.
Dalam pada itu, dia tetap menghormati penganjuran himpunan itu kerana berpandangan rakyat berhak untuk bersuara.
Bagaimanapun ia perlu diadakan secara aman tanpa membahayakan keselamatan rakyat.
“Saya menghormati kebebasan bersuara untuk mereka membuat demontrasi secara aman.
“Namun dalam kita mempunyai hak untuk membuat himpunan secara aman, tetapi biarlah motif itu betul untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya.
Kedah Lanie.
0 comments:
Post a Comment