Monday, 7 September 2015

Mampukah Pas "kembali berperang" dengan Umno? Speaker kata belum terima sebarang usul mengenai RUU hudud...

Isnin, 7 September 2015

Speaker belum terima sebarang usul mengenai hudud

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjawab soalan media ketika hadir di Perhimpunan Agung Antara Parlimen Asean (AIPA) ke-36 di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 September, 2015.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berkata beliau belum menerima sebarang usul mengenai rang undang-undang (RUU) hudud untuk dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada RUU itu akan dibawa pada sidang akan datang yang akan bermula bulan depan.

"Saya belum menerima sebarang usul mengenai perkara itu kerana sesi Parlimen akan datang pada Oktober.

"Lama lagi dari sekarang," katanya kepada pemberita ketika di Perhimpunan Agung Antara Parlimen Asean (AIPA) ke-36 di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi menjelaskan, usul tersebut perlu dibawa semula pada sesi akan datang.

Namun, beliau yang merupakan bekas ketua penerangan PAS Pusat itu berkata, beliau tidak pasti sama ada parti itu sudah memulakan langkah ke arah itu.

"Saya tidak tahu sudah dibuat atau belum. Tetapi setiap sidang kena masukkan yang baru," katanya.

Sebelum ini Astro Awani melaporkan, naib presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti itu sedia "kembali berperang" dengan Umno sekiranya RUU Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 pindaan 2015 tidak dapat dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

Katanya, PAS akan berusaha sedaya mungkin memasukkan pembentangan RUU itu ke sidang Parlimen yang akan datang.

Sekiranya Umno benar-benar jujur untuk melihat Mahkamah Syariah diperkasakan, parti itu perlu membantu memudahkan pembentangan RUU tersebut, katanya.

"Kita akan berusaha dan cuba masukkan untuk kali terakhir pembentangan RUU pada sesi sidang Parlimen Oktober ini. Kalau tidak jadi, lepas ini kita (PAS) akan kembali kepada asal. Waktu ini 'gencatan senjata' kita tamatkan dan kita perang balik," katanya. – 7 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/speaker-tidak-terima-sebarang-usul-mengenai-hudud#sthash.AubxhyvQ.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena