Friday 2 October 2015

APA YANG OSTAZ NI MELALUT? Kes Bantuan SAR & Azan - Sibuk nak bermusuh, ambek kau...barulah mengelupur!

Sabtu, 3 Oktober 2015

Nak Bermusuh Sangat - Nah Hambek!!!!

Nilah jenis haprak yang tak reti bahasa. Sibuk nak bermusuh. Sekarang apabila pihak yang dianggap musuh memberi reaksi memusuhi juga barulah mula mengelupur.

Kalau gua pun yang berada di tempat DAP, gua akan bertindak serupa. DAP banyak mengeluarkan belanja ke arah kemajuan ISLAM di Pulau Pinang tetapi ditohmah kononnya anti Islam.

Ulamak yang banyak duit hasil kayu balak dan lombong boleh ganti kerajaan DAP Pulau Pinang untuk salur derma pada sekolah-sekolah agama tersebut. Ulamak tak perlu guna kereta mewah untuk berdakwah.

Tak perlu hellfire... Tak perlu Range Rover.... Tak perlu 'Brings More Women' (BMW)..... Cukup pakai proton Iswara saja.

Wei ulamak ... lu orang tau ke bahawa "membazir itu amalan setan" Nak jadi setan ke?????

Pas hari ini menuntut penjelasan kerajaan Pulau Pinang berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR) milik persendirian ahli Pas telah ditarik balik.

Perkara itu dibangkitkan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang mendakwa surat tawaran bantuan yang telah dihantar juga ditarik balik.

Katanya, bantuan kepada sekolah persendirian itu telah diberikan oleh kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.

“Dewan Ulamak Pas Pusat meminta penjelasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan PKR berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli PAS.

“Beberapa buah sekolah agama persendirian ini telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu.

“Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan. Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, Pas mengingatkan kerajaan negeri pimpinan DAP dan PKR supaya tidak menjadi seperti pemerintah sebelum ini yang bertindak zalim disebabkan perbezaam ideologi politik.

“Dewan Ulama Pas Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli Pas kerana sentimen politik.

“Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka,” katanya.

PERJUANGKAN GENG SENDIRI RUANYA...
KALAU PEMILIK SEKOLAH TU TAK ADA JAWATAN DALAM PAS,
DIORANG NAK FIGHT KE??

Baca ni pulak....
Di Pulau Pinang, Exco Hal Ehwal Agama Islam Dato' Abdul Malik Abul Kassim dan Dato' Mohd. Salleh Man (Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP) yang menguruskan hal ehwal berkaitan Islam dan umat Islam, dan bukan parti politik.

Berkaitan Hal Ehwal Islam atau hal ehwal fatwa (isu larang azan kononnya) bukannya diuruskan oleh Lim Guan Eng, dan bidang kuasa Ketua Menteri itu antaranya menjaga hal ehwal bukan Islam sahaja.

SAR dilayan 'dingin' oleh Kerajaan Pulau Pinang era Umno Barisan Nasional dulu. Tetapi, peruntukan tahunan bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di bawah Kerajaan Negeri hari ini sejak tahun 2008 hingga 2009 berjumlah RM1.5 juta, dan dinaikkan kepada RM1.7 juta tiap-tiap tahun sejak 2010 hingga 2015.

Gambarannya, tidak berkurang pun peruntukan Bantuan Pendidikan SAR, walaupun DAP dan PAS saling berbeza pendapat dalam dunia politik kepartian masing-masing di negeri ini. Di Pulau Pinang, peruntukan Bantuan Sekolah SAR berjumlah RM1.7 juta bagi tahun ini telahpun diagihkan oleh Bahagian Pendidikan JAIPP kepada 177 sekolah agama, berdasarkan keutamaan dan keperluan yang dimohon oleh pihak berkenaan.

Direkodkan, 104 Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi) menerima bantuan SAR bagi tahun 2005 yang berjumlah RM388,800, diikuti 27 Maahad Tahfiz (RM178,200), 14 Tadika Islam (RM26,900), 11 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (RM249,500), tujuh Sekolah Agama Rakyat (RM435,500), Sekolah Rendah Agama Rakyat (RM381,100) dan tujuh sekolah pondok (RM90,000).

Gambarannya, bukan Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Fauzi Yusof dan dan Ustaz Yusni Mat Piah (Ketua Penerangan PAS Negeri) sahaja yang membuka sekolah Islam secara swasta di negeri ini.

Abdul Malik pada sidang media tengah hari tadi antara lain mengesahkan kedua-dua sekolah berkenaan langsung tidak membuat permohonan, lagipun ada sekolah-sekolah lain khususnya tujuh sekolah pondok lebih memerlukan bantuan berwajib daripada Kerajaan Negeri.

Selain itu, katanya, ada permohonan tidak diluluskan kerana satu-satu sekolah itu atau mudirnya dinilai mempunyai kemampuan daripada segi kewangan. Tambah beliau, ada permohonan lain diutamakan kelulusan bagi tahun ini kerana dinilai ada keperluan mendesak oleh Bahagian Pendidikan JAIPP sendiri. Pokok pangkalnya, kena memohon sumbangan jika mahu diproses permohonan, bukan menanti peruntukan bantuan SAR tanpa membuat permohonan.

 ZAINULFAQAR YAACOB
Ketua Komunikasi AMANAH Pulau Pinang
+60194241583
zainulfaqary@gmail.com faqar.blogspot.com
Posted by 



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena