Saturday 3 October 2015

PKR nafi ramalan PAS...'Kesal dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man'

Ahad, 4 Oktober 2015

PKR nafi ramalan PAS, tidak mungkin berpecah kerana Pakatan Harapan
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan penubuhan Pakatan Harapan merupakan tindakan tergesa-gesa apatah lagi bakal menerima nasib sama seperti Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015.
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan penubuhan Pakatan Harapan merupakan tindakan tergesa-gesa apatah lagi bakal menerima nasib sama seperti Pakatan Rakyat. 


Kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Saifuddin  menafikan penubuhan Pakatan Harapan merupakan tindakan tergesa-gesa apatah lagi bakal menerima nasib sama seperti PR.
Sebaliknya beliau berkata, Pakatan Harapan ditubuhkan berasaskan prinsip saling hormat-menghormati, membuat keputusan bersama dan patuh dengan kata sepakat tersebut .
Katanya Pakatan Harapan turut menganggap parti sekutu mereka sebagai rakan susah senang (‘partners in struggle’) dan bukannya musuh yang perlu diserang dan diperlekeh  dan paling penting meraikan perbezaan pandangan serta tidak ghairah menghukum sesama sendiri. 
"PKR menginsafi setelah berpecahnya PR  berlaku kelompongan (vacuum) yang perlu diisi segera. Kelompongan kepimpinan dan kelompongan platform bersama. 
"Oleh demikian PKR melalui Presiden parti Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil inisiatif membentuk sebuah pakatan politik baharu yakni Pakatan Harapan.
"Ketika Tuan Ibrahim berpendapat bahawa langkah ini tergesa-gesa, PKR percaya rakyat terbanyak menantikan kelahiran Pakatan Harapan," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Bekas setiausaha agung PKR itu berkata, ramalan Tuan Ibrahim kononnya parti reformasi itu akan berpecah gara-gara wujudnya sebuah "parti‎" yang ingin mendominasi seperti mana yang terjadi kepada PAS adalah tidak benar sama sekali.
"Pandangan ini meleset dan hanya terbit dari sebuah parti atau pemimpin yang mempunyai ‘siege mentality’. 
"PKR yang lahir dari denyut nadi rakyat dengan agenda perubahan (reform) yang jelas, tidak akan terperangkap dengan ramalan sedemikian rupa," katanya.
Beliau yang mengulangi sekali lagi kekesalannya terhadap ramalan tersebut menyifatkan tindakan parti Islam itu sebagai keterlaluan terutamanya apabila PKR menganggap PAS sebagai rakan mereka.
"Biarpun perjalanan dan pengalaman PKR masih baru namun kita yakin PKR mampu melalui sedikit ujian kecil perbezaan pendapat dari kalangan pimpinannya dalam mendepani kelahiran Pakatan Harapan. 
"Oleh itu meramalkan PKR bakal berpecah adalah keterlaluan apalagi kiranya datang dari parti yang menganggap PKR sebagai sahabat," katanya.
Terdahulu Tuan Ibrahim dalam kenyataannya memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyaksikan penubuhan parti serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah).‎ – 3 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-nafi-ramalan-pas-tidak-mungkin-berpecah-kerana-pakatan-harapan#sthash.HiKR9zT9.dpuf

Agihan kerusi akan menjadi masalah utama jika Pas bergabung dengan Pakatan Harapan

Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Agihan kerusi akan menjadi masalah utama jika Pas bergabung dengan pakatan pembangkang yang baharu.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, sebelum ini apabila Pas bergabung dengan PKR, sebahagian besar kerusi Pas akan diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.

"Kalau Pas bergabung pula dengan Pakatan Harapan bermakna Pas akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku.

"Melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah Negara (Amanah)," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tak mungkin Pas juga boleh terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli Pas dan merampas bangunan PASTI dan markas Pas.

"Pas tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP sebelum ini terhadap Pas," katanya lagi.

Selain itu, beliau memberitahu Pas akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak parti.

"Kalau komponen parti pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan calonnya bermakna ia menjadi penyambung tali hayat kepada Umno atau BN.

"Mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon Pas tak akan menang, kerana pengundi Cina tak akan beri undi, maka apakah kalau Parti Amanah akan menang kalau pengundi Melayu tak akan memberi undi khususnya ahli dan penyokong Pas?" kata Tuan Ibrahim.

Pas sebelum ini mengharapkan PKR memahami pendirian parti itu yang tidak mahu menyertai Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.
Kedah Lanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena