Thursday 5 May 2016

[Video] Terkini Unit Special Tactical Operation Rescue Malaysia (Storm) digerakkan ke Sebuyau...Helikopter Bawa VIP Hilang

Khamis, 5 Mei 2016

UPDATE TERKINI: Bomba Hantar Storm Ke Sebuyau


Pasukan bertindak diketuai Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama agensi lain ditubuhkan segera untuk mencari helikopter yang hilang di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menyatakan demikian dalam laman Twitternya malam ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula dalam Twitternya berkata pasukan tentera udara dan darat juga turut dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sebuah helikopter yang dilaporkan hilang.

"Saya telah arah Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia bersama-sama dalam operasi mencari dan menyelamat helikopter yang dilaporkan hilang itu," katanya.

Sementara itu, sebanyak 30 anggota pasukan bomba dan penyelamat Sarawak dari unitSpecial Tactical Operation Rescue Malaysia (Storm) digerakkan ke Sebuyau, sekitar 200km dari Kuching malam ini, sebagai pasukan awal mencari helikopter yang hilang semasa dalam perjalanan dari Betong ke Kuching petang tadi.

Pengarah Bomba Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata sehingga pukul 9 malam ini, tiada pihak yang dapat mengesahkan lokasi sekitar helikopter itu hilang, namun anggota Storm tetap akan digerakkan menghala ke Sebuyau malam ini sebagai persiapan awal.

Menurutnya unit udara bomba juga sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk digerakkan.

- Bernama
BLM.


Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak


Helikopter yang dinaiki oleh sekumpulan VIP dari Betong ke Kuching dilaporkan hilang, petang tadi.

Media melaporkan komunikasi dengan pesawat terputus di daerah Sebuyau kira-kira jam 5 petang.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharudin Abdul Rahman mengumumkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan serta merta bagi mengesan kedudukan sebenar helikopter terbabit.

“Helikopter itu berlepas dari Betong pukul 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang,” katanya.

BERNAMA melaporkan pihak DCA belum terima sebarang berita mengenai helikopter itu setakat jam 10 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohammad turut mengumumkan Unit Khas Penyelamat Taktikal Sarawak dalam keadaan siap sedia sementara menunggu pengesahan lokasi helikopter yang hilang.

Adalah dipercayai enam orang termasuk juruterbang berada dalam pesawat tersebut.

Sumber memberitahu, salah seorang penumpang merupakan timbalan menteri dan pasangannya, seorang ketua setiausaha kementerian, dan seorang pengarah agensi kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Twitter menulis: “Mohon doakan keselamatan mereka.”

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali di Twitter pula berkata: “Sebuah helikopter yang membawa pimpinan hilang di Sarawak. Mari kita berdoa semoga semua penumpang dan krew selamat dan segera ditemui.” lapor FMT



Sebelum itu Utusan melaporkan... Pesawat yang berlepas dari Betong menuju ke Kuching, Sarawak dan terputus hubungan kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ya, pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara sebaik sahaja berlepas dari Betong menuju ke Kuching.

“Setakat ini, kami telah memaklumkan perkara ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan helikopter ini,” katanya.

Tambah Azharuddin, pihaknya masih menunggu laporan lanjut bagi keadaan helikopter dan penumpang.

Difahamkan, juruterbang telah menghubungi menara kawalan lokasi mereka berada di sekitar kawasan Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan.

Ketika kejadian, helikopter yang turut membawa pegawai kanan sebuah kementerian itu sepatutnya di mendarat di hangar Hornbill Skyways, Kuching.

Posted by Anak Sungai Derhaka 

Sebuah helikopter dipercayai membawa VIP dilapor hilang dari radar di Sarawak petang tadi

May 5, 2016




Sebuah helikopter dipercayai membawa VIP dilapor hilang dari radar di Sarawak petang tadi.

Ketika kejadian helikopter berkenaan dilapor dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Helikopter berkenaan dikatakan hilang dari radar kira-kira jam 5.00 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berkenaan.-TV3
Fyi

1. YB Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC
2. Tuan Asmuni bin Abdullah( suami TM)
3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai , KSU MPIC,
4. Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Pengerusi MPOB/ AP Kuala Kangsar,
5. Ahmad Sobri bin Harun ( pengawal peribadi)

Full list yg hilang dalam heli berlepas jam 5pm

Belum ada pgumuman rasmi

Take off from SMk spoah, about 5pm until now still cannot located. No communication. SAR late being activated.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena