Monday, 2 May 2016

[Video] Najib: Are You Ready For BN? People: Nooo! Booo! Bila bapak bayi bersuara! Sarawak bukan negeri bapa kau, datuk kau...

Isnin, 2 Mei 2016


Page Liked · 2 hrs
 
Bila bapak bayi bersuara.. "'Saya tidur macam bayi selepas selesai isu calon" - Adenan Satem, AstroAwani (26/4/2016)

Rakyat Sarawak Mahukan PEMIMPIN bukan PEMIMPI..

#DemiRakyat #DemiSarawak #PRNSarawak

Sarawak bukan negeri datuk kau, kata PBB pada Azmin

Timbalan Presiden PBB Datuk Abang Johari Abang Openg mempertahankan presiden parti dan keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk menghadkan kemasukan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali ke negeri ini.
"Azmin kata ni bukan negeri bapanya (Adenan).
"Biar saya jawab. Memang Sarawak negeri bapanya (Adenan), bukan negeri bapa kau, datuk kau (Azmin)," katanya dalam satu majlis PBB di Miri hari ini.
Azmin pada Sabtu lalu membidas Adenan yang meminta menteri besar Selangor itu menulis permohonan rasmi sekiranya mahu melanjutkan tempoh tinggal di Sarawak.
"(Sarawak) Ni bukan negeri bapa kamu, ni adalah milik rakyat Sarawak," kata Azmin.
Sarawak yang mempunyai autonomi imigresen, biasanya memberikan visa pelawat dari Semenanjung selama 90 hari.
Bagaimanapun visa Azmin hanya sah selama tiga hari sehingga hari ini.
Azmin merancang untuk memasuki semula Sarawak tanpa menulis surat kepada Adenan.
Kritik terhadap larangan tersebut menunjukkan ia bertentangan dengan Akta Imigresen, yang menetapkan dasar kemasukan autonomi Sarawak tidak terpakai kepada mereka yang masuk atas aktiviti politik yang sah.
Hari ini Pemuda PKR Sarawak berkata mereka sedang mempertimbangkan tindakan menyaman kerajaan negeri kerana larangan itu, yang dikenakan terhadap pemimpin mereka dan DAP- dua pesaing terbesar pada pilihan raya negeri Sabtu.
Adenan telah mempertahankan keputusannya dan berkata ia adalah perlu untuk menjaga keharmonian di negeri ini.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena