Thursday, 9 June 2016

Ho, ho, hoo! Tun M kempen bantu calon Amanah pada Sabtu, Ahad ini.

Khamis, 9 Jun 2016
Poster kempen Deklarasi Rakyat sempena PRK Sungai Besar.
Poster kempen Deklarasi Rakyat sempena PRK Sungai Besar.

Tun M kempen bantu calon Amanah pada Sabtu, Ahad ini

 | DALIA ISMAIL
Desas-desus bilakah  Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kini sudah terjawab.
Bekas Perdana Menteri itu dijangka berkunjung ke Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar pada Sabtu dan Ahad ini.
Malahan Malaysia Dateline dimaklumkan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown juga akan memberikan sidang video langsung pada kempen Deklarasi Rakyat untuk PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Menurut Setiausa Kerja Sekretariat Deklarasi Rakyat, Datuk Khairuddin Abu Hassan, dalam kempen yang diadakan nanti grup Deklarasi Rakyat akan membongkar isu-isu berkaitan 1MDB sahaja.
"Kita turut menjemput Clare Rewcastle Brown yang akan mengadakan televideo langsung pada majlis yang akan dihadiri Tun Mahathir ini.
"Isu ini serius untuk difahami oleh setiap pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Deklarasi Rakyat masih kekal dengan pendirian untuk mendesak Presien Umno melepaskan jawatannya sebelum tibanya PRU ke-14 kelak.
"Inilah masanya kita akan berkempen habis-habisan untuk memberikan penerangan," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Kempen pilihan raya bagi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah berlangsung selama empat hari sejak hari penamaan calon Ahad lalu.
PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga pencuri antara calon BN, Pakatan Harapan dan Pas.
PRK Kuala Kangsar pula menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, Pakatan Harapan, Pas dan Calon Bebas.
Tun Mahathir dan Lim Kit Siang dijangka berucap di Hai Xiang Chi Seafood Sdn Bhd di Jalan Gereja, Sekinchan pada jam 10 pagi.
Beliau juga dijadual menziarahi rumah keluarga calon Amanah Azhar Ab Shukur pada jam 2 petang sebelum mengadakan 'walkabout' di Sungai Panjang bertemu pengundi.
Di Parlimen Kuala Kangsar pada Ahad, delegasi Deklarasi Rakyat ini akan berada di Dewan Chun Ji Restauran Taman Suria, Kuala Kangsar jam 10 pagi.
Tun Mahathir dijangka memberikan ucaptama  mengenai kemelut 1MDB di dua kawasan Parlimen ini.
Selain Tun Mahathir beberapa penggerak utama Deklarasi Rakyat akan turut memberikan ceramah bagi menyokong calon Amanah Azhar Ab. Shukur di Sungai Besar dan Dr Ahmad Termizi Ramli di Kuala Kangsar.
Selain Tun Mahathir dan Lim Kit Siang, penggerak Deklarasi Rakyat yang akan memberikan ceramah di Sungai Besar dan Kuala Selangor ialah Khalid Samad, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Husam Musa, Datuk A Kadir Jasin, Marina Chin Abdullah, Tony Pua dan beberapa tokoh lain.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena