Jom kita kenali 'njing BN sokongan PASik' yg menyalak kat ceramah...
Pakatan Harapan kecewa ceramah diganggu samseng, gesa tolak politik ganas
Pakatan Harapan hari ini melahirkan kekecewaan terhadap pihak yang mengupah kumpulan samseng bagi mengganggu ceramah mereka dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, serangan oleh beberapa orang pemuda berpakaian hitam pada ceramah Pakatan Harapan di Taman Seri Mas malam tadi tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi.
"Mereka datang dua kali ugut secara kekerasan untuk pecahkan sistem pembesar suara kita.
"Motifnya sangat jelas tidak mahu Amanah bawa suara rakyat," kata Ahli Parlimen Taiping itu pada sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini sambil menunjukkan rakaman klip video insiden itu.
Turut serta pada sidang media itu Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi dan juga Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution.
Dalam insiden malam tadi sekumpulan tujuh pemuda mengugut ceramah yang dikendalikan DAP dihentikan serta merta kononnya bagi menghormati umat Islam bersolat tarawih atau berhadapan dengan tindakan lebih ganas.
Insiden berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke sedang berucap.
Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku selepas DAP memutuskan untuk mengangguhkan ceramah mereka sehingga jam 10 malam.
Ekoran insiden itu, satu laporan polis telah dibuat oleh DAP di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar selepas kejadian itu.
Turut berceramah selepas ia disambung semula malam tadi termasuk Setiausaha Agung DAP Rafizi Ramli dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
"Kita berharap pengundi Kuala Kangsar gunakan kebijaksanaan menolak budaya samseng.
"Guna peti undi tolak politik samseng dan keganasan," kata Nga.
0 comments:
Post a Comment