Monday 13 June 2016

Mohon jangan gelak...'Mat Bom' Letupkan Parlimen?

Selasa, 14 Jun 2016

Mohon jangan gelak: ada laporan polis di Kuala Kangsar menuduh saya mahu mengebom atom Najib Razak . Kalau saya bijak macam Einstein boleh buat bom atom, tak payahlah jadi ahli politik ha3. Lagi pun kalau nak bom manusia, cukuplah sekadar C4, tak perlu bom atom (mesti kena tangkap lagi ni).
(Berita ehsan Malaysiakini)
Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berhubung kenyataannya semasa berkempen pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar, beberapa hari yang lalu.
Penduduk tempatan itu memberitahu pemberita bahawa laporan berkenaan dibuat berhubung ucapan ahli parlimen Pandan bahawa beliau mahu calon AMANAH 'membaling bom atom' ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika beliau menang pada 18 Jun ini.
Mohamad Halim Mohamad Ali, 37, berkata, beliau bersama tiga penduduk lain membuat laporan di beberapa balai polis di kawasan tersebut semalam.
Sambil menegaskan bahawa Rafizi tidak sepatutnya membuat 'ancaman' sedemikian, katanya, lebih banyak laporan polis mengenai perkara itu akan dibuat tidak lama lagi.
"Kami mahu Rafizi menjelaskan apa yang beliau maksudkan sebenarnya apabila dia membuat kenyataan sebegitu, " katanya.
Dalam laporan polis yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kangsar, Halim menamakan pengguna Facebook, Norazniza Abdul Karim yang mendakwa Rafizi membuat kenyataan sedemikian semasa ceramah Pakatan Harapan pada malam Khamis lalu.
Turut dirujuk dalam laporan polis itu ialah sebuah blog pro-Umno.
Blog itu mendakwa Rafizi menggesa pengundi untuk memilih calon AMANAH, Dr Ahmad Termizi Ramli.
Sebagai pakar fizik nuklear, calon pembangkang itu akan menghantar 'bom' jika terpilih.
Dalam video klip selama 16 saat itu, Rafizi memperkenalkan Termizi kepada para hadirin sebagai “ahli fizik dan pakar nuklear.”

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena