Monday 13 June 2016

[Video] Pas digesa 'BERHENTI' jadi alat BN...

Selasa, 14 Jun 2016


Lambang Parti AMANAH Negara

KENYATAAN MEDIA KANUN
PAS DIGESA BERHENTI JADI ALAT BN
1. KANUN dimaklumkan pada hari ini, terdapat aduan dibuat kepada SPR oleh peguam PAS di PRK Kuala Kangsar berkenaan dengan perbezaan logo AMANAH dan bendera AMANAH kerana wujud perbezaan warna logo dan latar belakang bendera.
2. KANUN hairan dengan tindakan bersungguh-sungguh pasukan peguam PAS yang membuat aduan tersebut walaupun dikatakan bahawa tindakan itu dibuat bagi dijadikan panduan kes pada masa hadapan. KANUN berpandangan bahawa PAS sudah terlalu membenci AMANAH sehingga sudah tiada modal lagi untuk menyerang prinsip yang didokong AMANAH dan mula menimbulkan perkara titik bengik seperti ini. Padahal, tiada apa-apa pun aduan daripada mana-mana pengundi yang keliru dengan logo AMANAH.
3. KANUN ingin menjelaskan bahawa SPR hanya berkuasa untuk meluluskan dan mendaftarkan simbol parti yang ingin bertanding di bawah Peraturan 11 PPP dan tidak berkuasa untuk menentusahkan bentuk bendera yang digunakan. Hanya Pendaftar Pertubuhan yang berkuasa dalam hal yang sedemikian. Maka, peguam PAS berkenaan hendaklah membuat carian di pejabat Pendaftar Pertubuhan mengenai warna bendera yang diluluskan dan bukan hanya sekadar merujuk kepada laman web SPR. Secara logik akal, sepatutnya peguam PAS itu boleh membandingkan kedudukan bendera PAS sendiri yang tidak sama dengan logo PAS sebelum membuat aduan remeh seperti ini. Yang anehnya juga, di laman web SPR itu dipaparkan sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH) tetapi sebahagian pimpinan tertinggi PAS masih buta untuk terus memanggil PAN. Panggilan yang tidak betul ini yang sepatutnya peguam PAS ajar kepada pimpinannya.
4. Di kesempatan ini, KANUN berharap tindakan peguam PAS yang dikatakan mewakili wakil calon PAS untuk bertindak seiring dengan slogan PAS sekarang iaitu ‘Politik Matang dan Sejahtera’ dan bukan politik yang penuh dengki dan dendam. Akhir sekali, KANUN berharap PAS tidak menjadi alat bantuan Barisan Nasional untuk menyerang AMANAH di saat seluruh negara dan parti politik memfokuskan soal 1MDB dan derma berbillion Ringgit, pihak Pas masih ditakuk mempersoalkan Bendera & Simbol Parti orang lain.
"Harapan Baru"
Wan Anwar Wan Ibrahim
Timbalan Pengerusi
Biro Undang-Undang (KANUN)
Parti Amanah Negara
13 Jun 2016M / 8 Ramadhan 1437H

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena