Wednesday, 1 June 2016

Pigirah yakin? Pas 'bersekongkol' dengan UMNO tuduh DAP yang jual tanah! DAP bidas dakwaan 'mabuk' pemuda PAS.

Rabu, 1 Jun 2016
Pigirah yakin.....
Apa yang pas bantu....kalau setakat bawa sepanduk lupakan saja la nak tawan....

DAP tolong bagi peguam dan lain lain. Pas bersekongkol dengan UMNO tuduh Dap yg jual tanah.
Hanya Yg B0d0h Sja MenY0k0ng UMNOBN..Hutang Negara Bertimbun..Pemimpin Kumpul Harta..Rakyat Papa Kedana..Yg kaya x terasa Bebanannya...Yg Miskin hidup terSiksa Menanggong Hutang Negara
Page Liked · 1 hr
 
Melayu Jadi Bangsat Di Bawah Umno..!!!

DAP bidas dakwaan 'mabuk' pemuda PAS

Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh membidas rakan sejawatannya dari PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kerana mendakwa DAP bertanggungjawab terhadap perpecahan parti Islam itu yang mengakibatkan pembentukan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Wong mendakwa Nik Abduh mempelajari taktik Umno yang mengeluarkan kenyataan biadap dan dakwaan tidak berasas, berikutan 'penglibatan' parti Islam itu dengan Umno dalam tempoh kurang setahun sejak Pakatan Rakyat dibubarkan.
Wong berkata demikian sebagai mengulas ucapan Nik Abduh pada Muktamar Pemuda PAS awal hari ini seperti dilaporkan Malaysiakini.
Ketua Pemuda PAS itu dipetik sebagai berkata:
"Siapa yang memecahkan PAS sampai sesetengah ahli PAS mabuk pindah jadi AMANAH? DAP yang bagi arak sehingga mereka tubuhkan AMANAH. Itu tanda DAP angkuh," katanya.
Menjawab tuduhan itu Wong berkata Nik Abduh membuat dakwaan yang angkuh dan mendedahkan kurangnya adab beliau.
"Ucapan kosong dan fitnah itu tidak akan dilakukan oleh PAS yang dikenali DA semasa era Pakatan Rakyat.
"Adalah jelas bahawa selepas berkali-kali mengesahkan kerjasama (PAS) dengan Umno sekarang, dan juga menjadi 'penasihat' kepada Umno, penyakit Umno yang sentiasa menuduh DAP sebagai 'anti-Melayu' dan 'anti-Islam' kini telah merebak kepada kepimpinan Nik Abduh," kata ADUN Canning itu.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena