Wednesday, 1 June 2016

Ustaz Azhar diumum calon AMANAH di Sungai Besar...(Abduh: PAS harap ahli AMANAH pulang padanya, Pigirah!)

Rabu, 1 Jun 2016
*MAKLUMAT CALON PAKATAN HARAPAN P.93 SUNGAI BESAR*
*MAKLUMAT PERIBADI*
Nama : *USTAZ AZHAR BIN DATO' AB SHUKUR*
Umur : 51 Tahun
Tempat Lahir : Sungai Besar, Selangor
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin
Isteri : Nor’adzimah Binti Hassanuddin (3 orang anak)
*PENDIDIKAN*
Ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Karachi Pakistan (1990-1993)
*KERJAYA*
• Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd (2007-kini)
• Pengarah Urusan EZ Kembara Sdn Bhd (2012-kini)
• Pengarah Minda Project Management Sdn Bhd (2016-kini)
• Pengarah Urusan EZ Fada’ Sdn Bhd (2016-kini)
• Pengarah Urusan EX Career Sdn Bhd (2015-kini)
• Penyelia Maahad Tahfiz Al-Mahmudi, Temerloh (2005-2006)
• Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja (2003-2004)
• Guru Penolong Kanan Sek Men Islam Puchong (1999-2003)
• Guru Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar (1997-1998)
*PENGALAMAN*
Berpengalaman mengendalikan program bersama IKIMfm dan TV9 dalam beberapa siri rancangan.
*PENCAPAIAN*
• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of MOHA SENA (Kemboja 2015)
• The Medal MUNISARAPHOIN, Level of THIPDIN (Kemboja 2014)
*JAWATAN DALAM PARTI*
Ketua AMANAH Sungai Besar
Megat Firdaus Wow calon terbaik.. Ayah Dato Shukor bekas YB BN kawasan Sg Besar.. Jadi calon ni ada rangkaian baik dari BN mahupon pembangkang.. Good!See Translation
LikeReply2940 mins
Hairil Anuar Hashim Sapa kata calon Amanah tidak ada yg berwibawa? Semoga Allah berikan kemenangan buat calon Amanah di Sg Besar, Selangor Insyaallah.

Azhar diumum calon AMANAH di Sungai Besar

Pakatan Harapan mengumumkan Pengerusi AMANAH Sungai Besar Azhar Abdul Shukur sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar.
Azhar, 50, yang berasal dari Sungai Besar merupakan seorang bekas guru dan kini menjalankan perniagaan sendiri.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu membuat pengumuman malam ini di Dewan Sri Sekinchan, Sekinchan.
Turut hadir adalah Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, Naib presiden PKR Rafizi Ramli, Bendahari Agung PKR Tan Yee Kew, Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah dan lain-lain.
Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak hadir majlis pengisytiharan calon Pakatan Harapan ini.
Dewan dipenuhi oleh kira-kira 500 penyokong Pakatan Harapan dan orang ramai yang menyaksikan pengumuman tersebut.
[Berita penuh menyusul]

Malaysiakini

PAS harap ahli AMANAH pulang padanya

Bekas ahli PAS yang meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) hilang nikmat yang dirasai PAS sekarang, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, beliau berdoa dan berharap mereka yang menyertai AMANAH akan kembali merasai nikmat yang PAS rasai hari ini.
"Selepas setahun kita berbalah, ada masa lagi untuk mereka kembali kepada PAS.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena