Saturday 4 June 2016

PKR arah anggota semua peringkat bantu kempen calon PH di Sg Besar, Kuala Kangsar...Polis larang guna 'drone'.

Ahad, 5 Jun 2016
Dr Ahmad Termizi Ramli
#HarapanRakyat!
CALON ANAK TEMPATAN

PKR arah anggota semua peringkat bantu kempen calon PH di Sg Besar, Kuala Kangsar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberikan sepenuh kerjasama membantu jentera kempen Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata jentera PKR dari seluruh negara akan dipimpin sendiri oleh Pengarah-pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) iaitu YB Nurul Izzah Anwar di Sungai Besar dan Dato’ Saifuddin Nasution Ismail di Kuala Kangsar.
"Untuk perarakan mengiringi calon esok, Dato’ Seri Presiden, Dato’ Dr Wan Azizah Wan Ismail akan hadir bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Harapan yang lain untuk mengiringi calon Pakatan Harapan bagi Pilihanraya Kecil Sungai Besar, Ustaz Mohd Azhar Abdul Shukur.
"Manakala pimpinan PKR yang lain juga akan turut bersama-sama mengiringi calon Pakatan Harapan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli ke pusat penamaan calon," katanya dalam satu surat yang diedarkan hari ini.
Beliau juga menyeru supaya anggota PKR dan aktivis reformasi turun beramai-ramai mengiringi calon-calon Pakatan Harapan ke pusat penamaan calon pada 5 Jun 2016 ini untuk menzahirkan sokongan padu dan komitmen PKR kepada Pakatan Harapan dalam kedua-dua pilihanraya kecil.
Beliau juga mengarahkan pengerusi-pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Pengarah-pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri (JPRN) supaya berbincang dengan Nurul Izzah Anwar dan Dato’ Saifuddin Nasution Ismail bagi tujuan penyelarasan tugasan.
"Secara umumnya, negeri-negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak ditugaskan membantu kempen Pakatan Harapan di Kuala Kangsar sementara negeri-negeri Selatan/Tengah iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu ditugaskan membantu kempen Pakatan Harapan di Sungai Besar," katanya.
Beliau mendoakan semua ahli dan penyokong turun beramai-ramai menyertai jentera PKR yang telah ditugaskan di kedua-dua kawasan untuk memastikan kemenangan kepada Pakatan Harapan.
"Kemenangan itu In Sha Allah akan menjana gelombang rakyat membawa reformasi dan membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Page Liked · 5 hrs
 
Inilah tanahairku...
Page Liked · 5 hrs
Kata2 ini fitnah ka ??
"Kita perlu ada jati diri. Untuk berada dalam parti Islam Se-Malaysia kena ada akidah perjuangan. Jikalau kita tidak taat, hilang akidah kita," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Page Liked · 7 hrs
 
Petua tak nak hilang akidah dalam Malaysia..

1 comments:

Mat Safian said...

Kenyataan2 mcm ni lah yg membuatkn guru2 pondok seluruh Malaysia termasuk di Kelantan tawar hati nak join PAS. Ustaz2 pondok cuma sokong mulut saja, tp tak pi undi.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena