Friday, 10 June 2016

[Video] Bahan Kempen PRK KK & SB (1)...PAS Dah Ambil Alih Tugas UMNO Hentam DAP & AMANAH

Jumaat, 10 Jun 2016


PAS Dah Ambil Alih Tugas UMNO Hentam DAP & AMANAH

NASIB BAIK ADA DAP...

Ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat, parti itu sering dilabel oleh UMNO sebagai alat dan barua DAP, manakala hubungan Pas dengan PKR tidak pernah sama sekali cuba disalahertikan dengan apa-apa cemuhan. 

Dalam Pakatan Harapan sekarang, Pas yang lebih galak menuduh dan melabel Amanah sebagai alat dan barua DAP. Sama seperti UMNO, Pas juga tidak pernah memberi label keji kepada hubungan PKR dengan DAP. 

Benarkah dulu Pas dan sekarang Amanah, menjadi alat dan barua DAP? 

Apakah Pas membuat dakwaan alat dan barua DAP terhadap Amanah kerana terikut-ikut gaya UMNO atau berdasarkan pengalaman mereka pernah diperalat dan dibaruakan dalam Pakatan Rakyat dahulu? 

Jika Pas menjadi alat dan barua DAP, apakah yang telah merugikan parti itu selama ini? 

Apakah dengan Pas berpeluang menduduki kerusi Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit dan mampu menang banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor dan beberapa negeri lain menunjukkan Pas menjadi alat dan barua DAP? 

Sebagai balasan kerana setuju diperalat dan dibaruakan, berapa banyak pula Pas kehilangan kerusinya di Kelantan atau Terengganu untuk diserahkan kepada DAP? 

Hakikatnya sekarang ini, UMNO tidak perlu lagi menyerang Amanah kerana peranan itu sudah diambil alih oleh Pas. UMNO yang bersongkok hitam hanya perlu tersenyum melihat dari jauh telatah Pas yang berkopiah putih memaki, mengecam dan memusuhi Amanah. 

Dalam masa yang sama, orang Melayu yang menyokong Pakatan Harapan atau dulunya Pakatan Rakyat juga kerap dianggap sebagai alat dan barua DAP. 

Orang Melayu yang menyertai atau menyokong DAP lebih buruk lagi labelnya - dikatakan ingin menggadai maruah dan kuasa kepada orang Cina. 

Apakah sebenarnya salah dan dosa bila berbaik-baik dengan DAP? 

Apakah DAP ditanggapi sebegitu kerana namanya DAP, kerana di dalamnya ada Lim Kit Siang atau kerana ia parti yang dikuasai oleh orang-orang Cina?

Jika DAP begitu jahat, agendanya amat mengancam negara, merbahaya kepada orang-orang Melayu dan musuh kepada Islam, mengapa kerajaan tidak mengharamkan saja parti itu?

Begitu juga dengan Lim Kit Siang, jika keberadaannya bersama DAP amat merbahaya, mengapa tidak ditangkap dan disumbat saja dalam penjara?
 

Nama penuh DAP ialah Democratic Action Party atau Parti Tindakan Demokratik, tetapi kenapa ia sering dikaitkan dengan komunis berbanding demokrasi? 

Kenapa hanya Cina DAP yang dianggap jahat, mengancam dan merbahaya kepada politik Melayu? 

Adakah Cina daripada MCA dan Gerakan tidak bahaya?

Adakah menjual tanah kepada Cina Singapura atau menggadai aset kepada Cina dari Negara China tidak salah, bahkan dianggap bijak berurus niaga?
 

Apakah juga tidak salah apabila pemimpin negara, menteri-menteri Melayu dan adik-adik menteri boleh dikatakan ada tauke Cina di belakang kejayaan dan kekayaan mereka? 

Sampai bila orang-orang Melayu mahu kekal jumud dengan hanya menyalahkan DAP atas semua kelemahan dan ancaman yang diterimanya dan mengabaikan sumbangan parti itu yang konsisten dalam melawan ketidakadilan, rasuah dan penyelewengan? 

Agak-agaknya kalau tiada DAP dan Lim Kit Siang di negara kita, siapa yang harus dibebankan dengan sekian banyak kesalahan dan kelemahan Melayu? 

Atau di sebalik satu demi satu harta, tanah dan aset negara tergadai serta aktiviti melonggokkan kekayaan bermaharajalela, ramai pemimpin Melayu yang terus tersenyum dengan berkata...nasib baik ada DAP untuk dipersalahkan. -shahbudindotcom
Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena