Sunday 17 December 2017

[Video UMNO Takut Kehadiran Tun Dan Anwar] PPKR (AMANAH) Dun Manjoi rai pelajar sekolah & Najib tidak tahu IMAMS akan dilaksanakan? tanya Mahfuz.

Isnin, 18 Disember 2017

Image result for Gambar Anwar dan mahathir

PKPR Dun Manjoi rai pelajar sekolah

PKPR Dun Manjoi rai pelajar sekolah

Sempena sesi persekolahan 2018 yang bakal tiba, Pusat Khidmat Peduli Rakyat (PKPR) Dun Manjoi telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan sumbangan kepada pelajar dari keluarga yang memerlukan.

PKPR Dun Manjoi adalah dibawah kelolaan Parti AMANAH Negara Kawasan Tambun.

Penerima sumbangan untuk kali ini adalah seramai 150 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang dan bangsa. Setiap mereka menerima sepasang kasut, beg dan pakaian seragam.
Haji Asmuni Awi selaku Pengerusi Parti AMANAH Negara negeri Perak turut hadir bagi menyampaikan sendiri sumbangan.
Ketika dihubungi, beliau mengharapkan program seumpama ini dapat meringankan bebanan ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.
Malaysia Dateline

Najib tidak tahu IMAMS akan dilaksanakan? tanya Mahfuz

Najib tidak tahu IMAMS akan dilaksanakan? tanya Mahfuz

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Haji Mahfuz Omar mempersoalkan apakah muslihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan yang dia tidak bersetuju dengan perlaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang dibatalkan kerajaan semalam.

“Kenapa setelah perkara ini menjadi kecoh baru kata tak setuju. Kenapa dari awal PM Najib tak kata tak setuju. Ini menunjukkan PM Najib dan kabinet tidak peka terhadap masaalah rakyat.
“Ini menunjukkan PM Najib Razak bimbang dan takut isu perlaksanaan IMAMS boleh menambahkan kemarahan rakyat pada kerajaan dan menjerat Umno-BN.
“Oleh sebab itu PM Najib Razak cuba tampil sebagai ‘hero’ kononnya beliau tidak bersetuju dengan perlaksanaan IMAMS yang mana beliau sendiri setuju daripada awal.
“Amat pelik apabila PM Najib Razak boleh kata dia tak setuju sedangkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah tentukan tarikh perlaksanaan bermula 15 Dis 2017.
“Bukankah sebarang perlaksanaan termasuk IMAMS ini perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan Kabinet yang dipengerusikan oleh PM Najib Razak dan mana mungkin Najib Razak sebagai Perdana Menteri tidak tahu menahu kecuali kalau Najib Razak seorang penjual cendol memang rakyat percaya beliau tidak tahu menahu,” kata beliau dalam kenyataan medianya semalam.
Kata beliau, rakyat tidak bodoh jika PM Najib Razak cuba letakan dalam kepala rakyat bahawa ‘yang ‘jahat’ melaksanakan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) itu adalah Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz dan pegawai tinggi di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
“Inilah politik selamat diri Najib Razak dan saya simpati dengan keadaan yang terpaksa ditanggung oleh Nazri Aziz sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta pegawai tinggi kementerian yang di kambinghitamkan oleh MO1 PM Najib Razak,” kata beliau.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena