Thursday 3 January 2019

[Video Berhati-hati Syed Saddiq..] Silap siapa jika pengganti Dr Mahathir bermasalah?

Jumaat, 4 Januari 2019
Image may contain: 6 people, people sitting, people eating, table, food and indoor
No automatic alt text available.

Silap siapa jika pengganti Dr Mahathir bermasalah?

Dr Mahathir Mohamad sering berkata beliau tidak pandai memilih pengganti.
Malah dalam ucapan 30 Disember lepas ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Putrajaya beliau mengulangi hal yang sama.
Saya tidak mahu mempersoalkan sama ada beliau bersungguh-sungguh atau berseloroh apabila membuat kenyataan itu.
Sebaliknya saya berpendapat Dr Mahathir mematuhi peraturan di dalam memilih pengganti atau bakal pengganti.
Apa yang berlaku kepada pengganti atau bakal pengganti lebih berupa masalah dan pilihan mereka sendiri.
Daripada pengamatan saya, Dr Mahathir sentiasa dipandu oleh kehendak dan keputusan parti di dalam membuat pilihan pengganti dan bakal pengganti.
Atas alasan itulah beliau membawa masuk semula dan memberikan jawatan kepada banyak orang yang menentang beliau dalam parti dan kerajaan.
Itulah yang berlaku dengan Abdullah Ahmad Badawi yang akhirnya dilantik menjadi perdana menteri dan watak-watak lain yang menentang beliau dalam pertandingan jawatan presiden Umno tahun 1987.
Apabila beliau membawa Abdullah masuk semula kabinet pada tahun 1990 dan diberikan jawatan menteri luar, saya bertanya beliau mengapa beliau berbuat demikian sedangkan Abdullah menentang beliau?
Katanya, beliau membawa Abdullah balik kerana dia memang jawatan naib presiden dalam pemilihan parti. Sebagai presiden Umno, katanya, beliau terpaksa menghormati kehendak ahli.
Jadi yang salah bukanlah cara Dr Mahathir memilih pengganti atau bakal pengganti tetapi pengganti atau bakal pengganti itu sendiri menembak kaki mereka sendiri.
Anwar pilihan istimewa
Anwar adalah pilihan Dr Mahathir. Tidak sampai setahun menjadi Perdana Menteri beliau membawa Anwar masuk Umno dan dalam masa tidak sampai sebulan mencalonkan beliau sebagai wakil Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) 1982.
Beliau berjaya merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada penyandang PAS, Almarhum Yusof Rawa.
Mengalu-alukan kemenangan Anwar, Dr Mahathir menyifatkan beliau sebagai anak ayam baru tumbuh bulu pahat tetapi sudah diterima oleh rakyat jelata sehingga mampu mengalahkan Yusof Rawa.
Yusuf Rawa, bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekarang, Dr Mujahid, adalah gergasi politik ketika itu. Pada PRU 1969 beliau menewaskan Dr Mahathir di Kota Setar Selatan (sekarang Pendang).
Anwar naik mencacak. Dalam masa 11 tahun beliau naik daripada anak ayam berbulu pahat kepada timbalan perdana menteri dan bakal pengganti Dr Mahathir.
Apa yang berlaku selepas itu adalah sejarah dan kita sering diingatkan melalui hujah ahli falsafah George Santayana bahawa orang yang lupa (kejadian) masa lampau akan mengulangi kesilapannya.
Ibnu Khaldun dalam bukunya yang agung “Muqaddimah” (1377), antara lain, menulis (dengan izin):
“History is an art of valuable doctrine, numerous in advantages and honourable in purpose; it informs us about bygone nations in the context of their habits, the prophets in the context of their lives and kings in the context of their states and politics, so those who seek the guidance of the past in either worldly or religious matters may have that advantage.”
Jadi marilah kita belajar daripada sejarah.

A KADIR JASIN bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau kini bergiat dalam Bersatu sebagai pimpinan pusat parti itu.
Rencana ini asalnya dimuat naik di blog beliau." Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena