Thursday 3 January 2019

[Video Dr M umum calon PRK Cameron Highlands] Manogaran calon PH di Cameron Highlands.

Jumaat, 4 Januari 2019

Manogaran calon PH di Cameron Highlands

Pakatan Harapan hari ini menamakan M Manogaran daripada DAP untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands akan datang.
“Kita telah tentukan siapa yang akan bertanding dalam PRK Cameron Highlands.
“Calon kita ialah Manogaran, iaitu calon yang lama, yang ertanding di situ dalam PRU14," kata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi PH, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, di Kuala Lumpur, hari ini.
Mengenai peluang PH merampas kerusi tradisional yang dimliki oleh MIC itu, Dr Mahathir berkata, mereka yakin akan memenangi pilihan raya tersebut walaupun bakal menerima tentangan calon lain.
“Kita akan menang dalam PRK ini, insya-Allah kita akan menang, kita tidak tahu siapa yang hendak bersaing dengan kita, dengar cerita macam-macam, tetapi siapapun yang bertanding kita percaya kita dapat mengatasi,” katanya.
Pada 4 Jun tahun lalu, Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan bahawa keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang disandang C Sivarraajh daripada Barisan Nasional (BN) terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena