Friday 4 January 2019

[Video Dakwaan pinda laporan audit 1MDB: Najib, Arul Kanda akan dituduh bersama] Wan Azizah letak jawatan TPM? MP PAS ucap terima kasih k'jaan turun harga minyak.

Jumaat, 4 Januari 2019
Wan Azizah letak jawatan TPM?
Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Khabar angin yang mengatakan Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tidak benar sama sekali. 

Perkara tersebut disahkan sumber yang rapat dengan pembantu beliau ketika dihubungi. 

Walhal Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di padang Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang jam 10.40 pagi tadi bagi memulakan lawatan kerja di daerah itu selama sehari. 
Image may contain: one or more people
Dalam masa sama, akaun Facebook Dr Wan Azizah menunjukkan status terkini kira-kira sejam lepas, beliau malakukan tugas rasmi dengan meninjau situasi terkini penerokaan tanah di Cameron Highlands, Pahang dalam rangka kerja sehari ke daerah itu. 

Selain jawatan kedua tertinggi di Malaysia itu, beliau juga menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga kini. - MSO 
TS.

MP PAS ucap terima kasih k'jaan turun harga minyak

Anggota Jawatankuasa PAS pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menurunkan harga bahan api walaupun menjanjikan harga lebih rendah sebelum ini.
"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang telah mengumumkan harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi tempoh 5 hingga 11 Januari ini masing-masing RM1.93, RM2.23 dan RM2.04 seliter pada petang ini walaupun sebelum ini pengguna dijanjikan dengan harga yang lebih rendah iaitu RM1.91 bagi RON95," katanya dalam satu kenyatan media.
Terdahulu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan harga petrol RON95 diturunkan sebanyak 27 sen daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter, berkuatkuasa malam ini.
Harga runcit petrol RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter manakala harga runcit diesel akan diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.
Khairuddin sebelum ini berkata, berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan Automatic Pricing Mechanism (APM), sejak awal Disember lalu RON95 sepatutnya dijual pada harga RM1.90 seliter.
Mengulas lanjut, beliau berkata margin pengusaha stesen minyak yang diselaraskan kepada 15 sen bagi petrol 10 sen bagi diesel juga diharapkan menjadi penyelesaian menang-menang kepada pengusaha stesen minyak.
"Susulan pengapungan semula harga bahan api ini, diharapkan Kerajaan terutamanya KPDNHEP dapat meningkatkan pemantauan, pengawalan dan penguatkuasaan bagi memastikan harga barangan dan perkhidmatan dalam pasaran berada pada paras yang sepatutnya," katanya.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena