Wednesday, 15 May 2013

Karpal buat laporan polis ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan, dakwa cuba menghasut & Polis siasat ucapan kontroversi bekas hakim

Rabu, 15 Mei 2013

Karpal buat laporan polis ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan, dakwa cuba menghasut
Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR— Karpal Singh membuat satu laporan polis hari ini ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan hujung minggu lalu.

Dalam sidang media di luar balai polis Tun HS Lee di sini, pengerusi DAP itu mengecam Mohd Noor sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab dan mahu Pejabat Peguam Negara  mengambil tindakan tegas.

“Kenyataan oleh Mohd Noor yang memberi amaran masyarakat Cina supaya bersiap sedia menerima tindak balas daripada orang Melayu adalah satu hasutan,” kata beliau kepada pemberita merujuk kepada laporan polis dibuatnya.

“Saya melakukan ini adalah kerana kepentingan orang awam dan saya harap AG akan mengambil tindakan cepat kerana perkara ini hanya memberikan kesan tidak baik kepada Negara.”

Walau bagaimanapun, Karpal mengakui terkejut dengan kenyataan Mohd Noor kerana bekas hakim tersebut adalah seorang yang adil dan baik sepanjang mengenalinya.

“Saya perlu kata beliau adalah seorang baik dan hakim yang adil semasa di mahkamah.

“Malah, saya sendiri terkejut apabila beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian,” tambahnya lagi.
Karpal Singh: Terkejut, kerana Mohd Noor “seorang adil dan baik sepanjang mengenalinya”. — Gambar fail
Menurut Karpal lagi, kenyataan Mohd Noor jelas menyalahi undang-undang dibawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan, 1948 yang mana hukuman denda tidak melebihi RM5,000 boleh dikenakan atau penjara tidak lebih 3 bulan, ataupun kedua-duanya sekali.

Mohd Noor, yang juga merupakan salah seorang panel dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hujung minggu lalu mengeluarkan kenyataan hasutan dan berbentuk perkauman pada satu forum bertajuk “Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah” anjuran oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Ekoran kenyataannya itu, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) memberi reaksi balas mengkritik dan mengecam Mohd Noor yang dilihat cuba mencetuskan ketegangan antara masyarakat Cina dan Melayu di dalam negara.

Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR, lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, “Apa lagi Cina Mahu?”.

Akhbar itu dilihat — bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad — dan pemimpin parti lain secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.

Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya.
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 5/15/2013 06:36:00 PTG
Polis siasat ucapan kontroversi bekas hakim
Cops begin probe into ex-judge's speech
The Dang Wangi district police headquarters is investigating several police reports against the reported contents of speech by former Court of Appeal judge Mohd Noor Abdullah.


Polis memulakan siasatan susulan beberapa laporan yang dibuat ke atas kandungan ucapan oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.
Pegawai dari ibu pejabat polis Dang Wangi hari ini mengesahkan bahawa pasukan itu menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Seorang pegawai penyiasat polis turut menghubungi Malaysiakini untuk menemubual wartawan yang membuat liputan berhubung ucapan tersebut.

Laporan polis terbaru dibuat oleh pemimpin DAP yang juga peguam, Karpal Singh di balai berkenaan hari ini.

Katanya, Mohd Noor didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bercakap kepada pemberita, Karpal menganggap ucapan berkenaan sama seperti "melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Cina".
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena