Lebih 50,000 hadiri 'blackout 505' Seremban
Rasa tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya dan perasaan kecewa dengan kenyataan menteri negeri terhadap mereka yang mempertikai keputusan itu mendorong kehadiran sebilangan peserta himpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan semalam.
Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Dupa, 45 tahun, berkata beliau turut menyertai dua lagi himpunan sama di Johor Bahru dan Selangor walaupun menetap di Bahau, Negeri Sembilan.
"Kalau nak ikut, memang tak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya tambahan pula ada banyak dakwaan penipuan melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan (undi) anggota pasukan keselamatan," katanya.
Merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menggesa golongan yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya agar berhijrah ke luar negara, Henry secara berjenaka berkata beliau berharap mereka yang berketurunan Tionghua sepertinya tidak disuruh pulang ke tanah besar China.
"Keputusan pilihan raya tidak adil, kami tiada pilihan dan kami tidak tahu apa lagi yang kami boleh buat untuk masa ini," katanya.
"Anda mahu halau kami orang Malaysia, tetapi orang Bangladesh dibawa masuk ke dalam negara.
"Anda mesti hormat kami, itu pengundi hantu Bangladesh-lah yang perlu dihalau," katanya.
- mkini
0 comments:
Post a Comment