Friday 24 May 2013

Polis jangan guna kekasaran kawal ‘Black 505′ hari ini – PAS

Sabtu, 25 Mei 2013
Polis jangan guna kekasaran kawal ‘Black 505′ hari ini 
KUALA LUMPUR: PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily semalam.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.
Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.
Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok (hari ini)
“Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk mengawal himpunan itu hari dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh mengeruhkan suasana,” katanya.
Posted May 25, 2013 by Ana Ghoib in Berita Harian


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena