Friday, 24 May 2013

KPN Tumpu Penjenayah Bukan Pemimpin Pakatan - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar

Sabtu, 25 Mei 2013
Tumpu Penjenayah Bukan Pemimpin Pakatan



KUALA LUMPUR: Ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) sibuk mengarahkan anggota-anggotanya menangkap pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat, adakah dia memberikan perhatian kepada jenayah, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja rumah kakak Khalid sendiri di Mantin di rompak dan rumah adik Timbalan Perdana Menteri di Petaling Jaya juga dirompak, malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low secara tidak langsung menuduh polis tidak mampu menjalankan tugas apabila bimbang menteri yang mengisytihar harta akan tergugat keselamatan mereka," kata beliau.


Mengulas kenyataan Low itu, Mahfuz menyifatkan kenyataan Low amat jelas menyatakan kepada rakyat bahawa jika seseorang mempunyai harta, ia tidak selamat lagi untuk berada dalam negara ini.

"Bukan itu sahaja, Low juga memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa menteri-menteri kerajaan BN mempunyai harta yang sangat banyak, mungkin sehingga berbilion-bilion dollar Amerika, sebab itulah tergugat keselamatan mereka dan keluarga mereka kalau mengisytiharkan harta," katanya.

Mahfuz juga menyifatkan kenyataan Low itu sebagai anti-ketelusan yang sekaligus menghalang rakyat mengetahui dari manakah sumber harta menteri-menteri yang begitu banyak itu sehingga bimbang menggugat keselamatan mereka kalau diisytiharkan harta-harta tersebut.

Beliau kesal kerana Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) itu menutup peluang rakyat untuk mendapatkan ketelusan dan memastikan menteri-menteri bersih dan dilihat bersih serta tidak menyalahgunakan kuasa.

"Low nampak benar mahu membunuh isu ketelusan melalui pengisytiharan harta dengan membangkitkan isu keselamatan sehingga beliau memberi gambaran negara ini tidak lagi selamat kalau berharta," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menolak tindakan mengaitkan pengisytiharan harta dengan isu keselamatan.

"Pemimpin-pemimpin kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan harta mereka. Tidak pula tergugat keselamatan mereka.

"Agaknya harta pemimpin-pemimpin kerajaan Pulau Pinang tidak cukup banyak untuk dirompak," kata beliau sinis

Pada masa yang sama, kata Mahfuz, mereka yang tidak mengisytiharkan harta juga dirompak.

Beliau memberi contoh, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak mengisytiharkan hartanya, tetapi rumahnya dirompak.

"Begitu juga ada pegawai-pegawai kanan atau bekas pegawai-pegawai kanan polis yang tidak mengisytiharkan harta mereka, tetapi rumah mereka dirompak juga," katanya.

Mahfuz mengingatkan Low bahawa rakyat sedang memerhatikan tindak-tanduknya.

"Adakah Low membasmi rasuah atau dia pula yang diheret dan tenggelam dalam kebiasaan parti perasuah," kata beliau.
Posted by jeebond at 11:09 pm 


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena