Saturday, 18 May 2013

*Video Perhimpunan ‘One Person, One Vote, Same Democracy’ diadakan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Pulau Pinang

Ahad, 19 Mei 2013
a

a
‘One Person, One Vote, Same Democracy’
pulau pinang
GEORGE TOWN: Perhimpunan untuk kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada pengundi telah menarik ramai penyokong Pakatan Rakyat hadir ke Esplanade di Padang Kota Lama di sini, Sabtu.

Penyokong yang kebanyakannya berpakaian hitam, telah tiba seawal pukul 6.30 petang untuk mendengar ucapan termasuklah daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Perhimpunan, dengan tema ‘One Person, One Vote, Same Democracy’ diadakan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Pulau Pinang atas sokongan mereka dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Terdahulu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata perhimpunan itu tidak memerlukan permit kerana ia adalah majlis negeri.

“Ia adalah satu perhimpunan untuk memperkenalkan barisan Exco yang baru. Itulah tujuan perhimpunan.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menulis surat pagi ini memaklumkan kepada polis tentang tujuan perhimpunan,” katanya.

“Kerajaan negeri mempunyai hak untuk menganjurkan perhimpunan seperti ini di Esplanade Pulau Pinang yang berada di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang,” katanya.
Mystar/Posted May 19, 2013 by Ana Ghoib

Penang: The ‘One Person One Vote Save Democracy’ Rally at the Esplanade, Saturday, 18 May 2013 
More than 60,000 people are expected to turn up for the event tomorrow which will feature speakers from the PR state government including Penang chief minister Lim Guan Eng.
Embedded image permalink
Harakahdaily’s Photos · Harakahdaily’s Page
Semalam di majlis kesyukuran Pakatan di P. Pinang.. 60,000 hadir.


Walaupun polis memberi amaran bahawa ia adalah perhimpunan haram, namun puluhan ribu membanjiri majlis 'kesyukuran' kerajaan negeri di Esplanade di Pulau Pinang malam tadi.

Orang ramai, kebanyakannya para belia yang berpakaian Baju-T hitam bersama vuvuzela plastik, penuh dengan semangat Blackout 505 Pakatan menentang dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum pada pada 5 Mei.

Penceramah terakhir di majlis tersebut, pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di kebanyakan negara jika berlaku penipuan seperti itu, maka akan berlaku mogok awam yang besar.

Oleh itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak patut berterima kasih kepada Pakatan kerana mengekalkan keamanan dan tenang dalam semua bantahan yang diadakan.
"Di semua negeri, dari Pulau Pinang ke Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang, kita mengadakan perhimpunan yang aman tetapi Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata ianya haram," katanya.

"Saya ingin memberitahu mereka (bahawa), mereka boleh cuba untuk mengisytiharkan perhimpunan kita haram tetapi mereka tidak boleh menghalang kuasa rakyat kerana Suara rakyat Suara keramat," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Anwar berkata, adalah mustahil untuk menerima keputusan pilihan raya umum apabila terdapat hampir 30 kerusi yang meragukan, dengan BN mengekalkan Putrajaya walaupun ia hanya mendapatkan 48 peratus undi popular.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, walau apa cara sekali pun, rakyat Malaysia tidak boleh menerima penipuan tersebut.

"Jika terdapat mana-mana kerusi yang Umno atau BN telah menang, dan tidak ada bukti penipuan, kita akan terima keputusannya, " katanya.

"Tetapi jika terdapat 30 kerusi yang kita kalah, kita ada bukti penipuan pilihan raya dan kita akan mencabar keputusan ini," ikrarnya ~ Malaysiakini


b
a
a


No permit needed for Ceramah – Karpal

on May 18, 2013

GEORGE TOWN – DAP national chairman Karpal Singh said the state’s ‘thanksgiving mega ceramah’ on Saturday night did not need a permit as it is a state function.

“It is a gathering to introduce the new exco lineup. That is the purpose of the assembly.

“I have had a word with chief minister Lim Guan Eng who wrote a letter this morning informing the police of the purpose of the gathering.

“I hope the police will not be trigger-happy and try to interfere with the gathering,” he told a press conference in Air Itam Saturday.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena