Tuesday 14 May 2013

CNN bongkar penipuan pilihanraya Malaysia & Petisyen online White House - Associated Press


Selasa, 14 Mei 2013
CNN bongkar penipuan pilihanraya Malaysia
laniismaa


Penipuan pilihanraya Malaysia, Terbaik dari CNN... CNN dah buka mata....teruskan sebar kebenaran biar satu dunia tahu yang Malaysia bukan lagi negara DEMOKRASI yang sebenar !!

Penipuan Pilihan raya di Malaysia sudah terkenal di Media-media Antarabangsa TVBS Taiwan, Hong Kong Phoenix satelit televisyen, China CCTV, NHK Jepun, Amerika Syarikat CNN, British BBC, News Asia dan banyak lagi. Tahniah Malaysia kerana dunia luar sudah tahu bagaimana PM kita naik tahta untuk memerintah negara. Yang sebenarnya ia bukanlah daripada pilihan rakyat teramai. Tapi ia adalah satu penipuan.
Lihat video DI SINI
-tranungkite-

Penipuan PRU13 Dibawa Ke Peringkat Antarabangsa
Posted by Mus Sabahdaily
AP headquarters at 450 West 33rd Street, New York City

Rakyat Malaysia telah mengajukan rungutan kepada petisyen online White House berkenaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013, yang menyaksikan sejumlah 222,000 tandatangan telah diterima dalam masa seminggu dan menjadikannya isu kedua popular menurut Associated Press.
Petisyen online Presiden Amerika Syarikat Barack memerlukan 100,000 tandatangan untuk mendapatkan maklum balas daripada pegawai rasmi kerajaan.

Menurut laporan AP, laman web pentadbiran Obama “Kami adalah Rakyat” telah dimulakan pada 2011 sebagai projek kerajaan terbuka untuk pengguna Internet.

Walaupun hanya untuk rakyat AS, syarat mengumpul tandatangan online itu kekal terbuka yang cukup bagi membolehkan aktivis luar negara yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sendiri untuk menyuarakannya di peringkat antarabangsa, kata AP.

Laman berkenaan bagaimanapun tidak memerlukan kerakyatan seseorang.
Mereka hanya perlu berusia 13 dan ke atas dan mempunyai alamat emel yang sah bagi mencipta akaun bagi memulakan petisyen.

White House juga berkata akan memberikan layanan sama terhadap petisyen dari luar negara. Kerajaan AS bagaimanapun masih lagi belum memberikan maklum balas terhadap petisyen Malaysia itu.

Sebarang kritikan AS terhadap pilihan raya tercetus minggu ini apabila Jabatan Negara AS mengiktiraf keputusan pilihan raya, sambil mengakui kewujudan keraguan dalam pilihan raya, lapor AP.

Petisyen “spoke out the dissatisfactions to the international communities successfully”, oleh virologist dan penganjur petisyen, Kuan Ping Ang, berkata di laman Facebook miliknya, seperti dilaporkan AP.

Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya lalu namun tewas undi popular kepada Pakatan Rakyat (PR).

BN hanya memenangi 47 peratus undi sedangkan PR memenangi lebih separuh jumlah undi popular.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PR telah menganjurkan dua perhimpunan - di Petaling Jaya dan Pulau Pinang- bagi menunjukkan rasa ketidak puasan hati yang dakwa mereka telah ditipu.

PR telah mengkritik berkenaan paten pengundi yang meragukan, keraguan dalam menguruskan peti undi, dan isu lain yang mana DAP dan PAS berdiam diri berhubung petisyen keputusan pilihan raya.

PR berkata mereka menjangkakan 29 keputusan pilihan raya dan perhimpunan, yang bermula di Selangor Rabu lalu, akan diteruskan dengan perhimpunan sekali lagi di Perak hari ini. -TMI
DICATAT OLEH RANGBULAN DI 12:30 PG   
RANGBUL@N

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena