Tuesday 14 May 2013

Solidariti Anak Muda Malaysia: Nantikan Perhimpunan Raksasa ~ Hujung Bulan ?

Selasa, 14 Mei 2013
Nantikan Perhimpunan Raksasa ~ Hujung Bulan ?



Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang di ketuai oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Asalkan Bukan Umno (ABU) telah berikrar untuk menggerakan sekurang-kurangnya 1 juta rakyat ke himpunan membantah penipuan pilihanraya ke jalanraya di sekitar Kuala Lumpur di hujung bulan ini. 
Badrul Hisham Shaharin ketua SAMM yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, rakyat akan diberitahu tarikh dan tempat perhimpunan dalam tempoh lima hari lebih awal daripada tarikh penetapan. 


Beliau bersama pemimpin NGO lain mengeluarjan kenyataan tersebut semasa mengadakan perbincangan mengenai penipuan pilihanraya dan demokrasi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. 

Perhimpunan tersebut dipercayai akan mengatasi jumlah peserta diperhimpunan yang pernah diadakan sebelumnya di Kelana Jaya, Penang dan Ipoh sejak seminggu yang lalu.
“Kami rancang mengadakannya pada 18 Mei tetapi ramai penyokong yang membantah kerana merasakan tidak cukup masa untuk menggerakannya,” kata Chegu Bard. Blogger Hishamuddin Rais (right), yang berucap sama berkata, masanya telah tiba bagi rakyat mengkotakan ‘janji’ bahawa mereka akan ke jalan-jalan dalam pilihanraya ke 13. 

 “Sistem pilihanraya telah digubal untuk Umno.Mereka akan lakukan apa sahaja untuk menang.hanya kebebalan anda yang buat anda fikir bahawa Umno boleh disingkir dari kerajaan melalui pilihanraya. 

"Ini bukanlah satu ancaman.Ini adalah satu janji,” Hishamuddin berkata dengan disambut sorakan daripada 1,000 orang ramai. 
"Sediakan gerakan raksasa.Jika ada uyang tanya saya minta bukti mengenai penipuan pilihanraya, saya akan katakana, kamu bodoh! 

Saya telah menulis mengenainya berkaldai tahun! Pandangannya dikokongsi sama oleh ketua ABU , Haris Ibrahim, yang berkata, rakyat perlu bertindak dan tidak hanya menunggu lima tahun lagi untuk menukar kerajaan.
Catatan Oleh alhusseyn pada 1:35 pm 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena