Monday, 20 May 2013

Selepas beberapa kenyataan amaran, masih ramai yang sertai himpunan kerana ia isu penipuan dalam pilihan raya & isu nasional - Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli


Isnin, 20 Mei 2013

Lebih baik Zahid fokus menangani isu penipuan kad pengenalan palsu - Rafizi
PETALING JAYA, 20 Mei — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa tidak campurtangan dalam urusan professional pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menegaskan, pembangkang telah mempunyai kerjasama erat dengan pasukan keselamatan berkenaan dan Ahmad Zahid seharusnya membiarkan perkara itu diuruskan pasukan polis tanpa campurtangannya.
“Saya tidak merasakan ugutan-ugutan akan beri kesan kepada penganjuran himpunan ... selepas beberapa kenyataan amaran, masih ramai yang sertai himpunan kerana ia isu penipuan dalam pilihan raya, isu nasional,” kata Rafizi (gambar) yang juga Pengarah Strategik PKR ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Lebih baik beliau fokus menangani isu penipuan kad pengenalan palsu,” kata Rafizi merujuk kepada kes pengundi hantu yang didakwanya wujud dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.

Minggu lalu, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan menegaskan kerajaan tidak lagi akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.
Beliau menegaskan, kementeriannya tidak lagi akan berkompromi dengan pihak-pihak tertentu yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan.
Posted by jeebond at 3:46 pm , 0 comments

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena