Sunday, 19 May 2013

Video TVPas SEORANG ANAK MELAYU DITANGKAP & Operasi tangkapan halang Himpunan Blackout 505 - Bekas Pegawai Kanan Tun Mahathir

Ahad, 19 Mei 2013
Video TVPas
KERAJAAN BN TERCUNGAP, SEORANG ANAK MELAYU DITANGKAP!

Dalam keadaan kabinet DS Najib yang haru+biru ini ditambah dengan kekantoian DS Najib melakukan Mesyuarat Kabinet haram maka tekanan terus menekan Kerajaan tak seimbang ini dengan tindakan Menterinya seolah melepaskan geram atas keputusan yang lebih teruk dari zaman Pak Lah PRU12 ke atas rakyat yang sedar demokrasi.
SEBELUM INI RAMAI PENYOKONG,PENDOKONG DAN BLOGGER PENJILAT UMNO/BN MENGELUARKAN KENYATAAN RASIS ,KENYATAAN BERBAUR UGUTAN SAMPAI INGIN MEMBUNUH TIDAK DIAMBIL TINDAKAN BERAT OLEH PIHAK KESELAMATAN MALAH ADA BLOG YANG SEBEGINI TELAH MENJADI RUJUKAN PDRM.
JADI NAMPAK SANGAT 'DOUBLE STANDAR' ATAU SIKAP PILIH BULU BERLAKU DALAM KERAJAAN BN YANG DIKATAKAN MENDAHULUI RAKYAT. SEMOGA MENTERI DALAM NEGERI YANG BARU INI TERUS TEGAS TAPI JANGAN PILIH BULU NANTI SEMUA JADI HAMPAS DAN HORMAT RAKYAT AKAN MELEPAS.

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Rahman telah ditahan tengahari semalam di dibawah Akta Hasutan yang dipercayai penguamnya mempunyai kaitan dengan kata-katanya dalam satu forum 13 Mei lalu.



Adam Adli, 24, dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor minggu ini berkata rakyat Malaysia “tidak boleh menunggu lima tahun lagi untuk menghumban Umno dan Barisan Nasional (BN)”.

“Ia seperti satu penangkapan,” kata peguam Adam Adli, Latheefa Koya kepada The Malaysian Insider semalam.

Latheefa memberitahu Adam Adli telah dibawa ke IPD Jinjang, yang merupakan pusat tahanan, serta menyatakan kebimbangan anak guamnya akan ditahan hingga esok hari.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dilaporkan berkata dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mewujudkan kekecohan di jalanan.

Rakan Adam Adli, Mandeep Singh memberitahu The Malaysian Insider rakannya itu telah ditangkap di luar rumahnya di Bangsar.

“Sebaik beliau keluar bangunan, beliau telah ditangkap serta-merta,” kata Mandeep, 27.

Pada forum 13 Mei tersebut, Adam Adli dilaporkan telah mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata: “Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya”.

Pemimpin pergerakkan Asalkan Bukan Umno (ABU) juga pada forum sama berkata kerajaan hanya boleh ditumbangkan menerusi demonstrasi jalanan.

Beberapa rejim kerajaan di Timur Tengah juga telah ditumbangkan menerusi demonstrasi jalanan besar yang dikenali sebagai revolusi “Arab Spring”.

Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat (PR) telah menjauhkan diri daripada gesaan demonstrasi jalanan selepas keputusan Pilihan Raya 2013 meskipun mendakwa terdapat banyak penipuan berlaku.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Rabu lalu pembangkang akan kekal mengadakan perhimpunan tertutup “untuk meluahkan rasa marah” terhadap penipuan undi pada pilihan raya umum 5 Mei baru-baru ini.

Berpuluh ribu rakyat Malaysia, majoritinya anak muda berbilang bangsa telah membanjiri enam perhimpunan anjuran PR di seluruh negara selepas pilihan raya 5 Mei yang mahukan proses pilihan raya adil dan bebas.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 ekoran kegagalan memberitahu pihak polis dalam tempoh 10 hari untuk berhimpung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Ahmad Zahid dipetik berkata dalam Utusan Malaysia hari ini menegaskan tidak akan berkompromi dengan pembangkang jika mereka menganjurkan bantahan jalanan untuk menumbangkan kerajaan.

Nama Adam Adli mula mendapat perhatian selepas menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa bantahan kebebasan akademik pada tahun 2011.

Beliau kemudiaan digantung daripada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan permohonan semakannya ke atas pengantunggan di mahkamah telah ditolak bulan lepas.

Najib pada Julai tahun lepas berkata Akta Hasutan 1948 akan dipinda dan digantikan dengan Akta Harmoni Kebangsaan.
Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 di 9:37 AM  

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena