Blackout 505. Suara Rakyat Suara Keramat
Komen Pedas Buat Pemuda PAS Pusat.. Renungkanlah!!
Posted by Addin Deen at 5/24/2013
Aku pernah tulis beritahu Ketua Pemuda PAS, Tantawi, "Alahai…Ko tu ketua, tak boleh kah ko wakilkan siapa-siapa dalam exco ko untuk pergi?
Aku cakap macam tu bila dia bagi alasan, " Ketidakhadiran saya bukan bererti saya menentang perhimpunan-perhimpunan tersebut. Malangnya, saya saya mempunya aturcara yang ketat dan ianya bertembung dengan tarikh bila perhimpunan itu diadakan".
Alhamdulillah, adalah juga wakil Dewan Pemuda PAS Pusat mai...tapi diaorang mai pun macam aristokrat politikus saja ...
Aku tabik 'spring' dengan Dr Zulkifli Ahmad.Kehadirannya malam tadi sangat memberi erti kepada solidariti Adam Adli.Pemuda perlu belajar cara-cara dia berintegrasi dengan rakyat.
Kemudian aku juga turut ingatkan korang kat sini ~ Jangan ada dikalangan kita yang mahu mengaku sebagai ‘Pejuang keadilan rakyat’ berebut-rebut menjadi opportunis politik dan menggunakan gerakan protes rakyat sebagai batu loncatan kepentingan peribadi.Jangan ada yang bermuka-muka dalam Islam.
Korang tengok sendiri luahan segelintir anak-anak muda yang menyokong kita.Tolong ambil perhatian dan jangan diketepikan pandangan mereka dengan memberikan alasan.
Bukan semua pandangan anak muda ini boleh di terima tapi tak semua boleh kita tolak mentah-mentah. Korang sepatutnya berada dihadapan and lead the way! Aku hanya mampu menyampaikan suara-suara mereka.
alhusseyn
Walau apa pun syabas kepada wakil DPPP kerana hadir juga akhirnya.Kita berharap Dewan Pemuda PAS Malaysia benar-benar berperanan dan bersama-sama berganding bahu turun padang dalam isu ini bukan sekadar 'berdiri teguh dibelakang Adam Adli' sebagaimana akujanji Raja Iskandar dalam ucapan rakaman di sini
Petikan ~ alhusseyn/Addin
Addin : Tegur bukan bererti benci tapi sayang.. Tak mahu lihat pemimpin PAS terutama golongan muda tergelincir macam Umno..
Di balai Polis Jinjang Kuala Lumpur bersama rakyat dan YB Hanipa Maidin menuntut #bebaskanadamadli!
0 comments:
Post a Comment