Wednesday, 22 May 2013

Himpunan Blackout 505 Peringkat PAS Negeri Perak - 26 Mei 2013 Kompleks Pas Tapah!

Rabu, 22 Mei 2013
Himpunan Blackout 505 Peringkat PAS Negeri Perak

Nik Abduh ~ takut pandu teksi sendiri kerana takut kena tahan di jalanraya!
Setelah korang baca kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS dientri aku sebelum ini di sini, lain macam pula bunyi ahli parlimen kita nih!
 Dia kata buah tak cukup masaklah, gopohlah ....adoi..sengalnya!

Kroninya yang kini jadi MB Kelantan pula kata ' pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.
Hoi mangkuk hanyun! Janganlah terikut-ikut dan terpengaruh dengan pemikiran otak udang Kazim ala Kazam tu yang kata pilihanraya itu hanyalah kerja 'memangkah' sahaja ....

Korang ingat demokrasi tu apa? Perhimpunan juga adalah hak yang diberikan sebagai amalan demokrasi.
Korang hanya mahun peluk bini dan tunggu 5 tahun lagi baru nak gulingkan kerajaan haram ini?
Mana ada berlaku huru-hara sejak berlakunya beberapa siri demonstrasi sebelum ini?
Nik Abduh walaupun sendiri suka naik teksi sejak kebelakangan jadi MP, khabarnya takut pandu teksi sendiri  kerana takut kena tahan di jalanraya!

Lihatlah perbezaan antara aktivis rakyat dan politikus yang mementingkan kedudukan.Apa untungnya Adam Adli dengan gerak kerjanya sehingga kena tahanan? Dia tidak bertanding pun! Begitu juga Hishamudin Rais (Tukar Tiub).

Sedap mulut cakap orang gopoh ...kau sedap-sedap duduk dalam teksi berekon dan arahkan pemandu ikut telunjuk ....tapi rakyat bukan pemandu teksi tau! Kami tidak redha dengan  kemenangan PR yang Umno/BN rampas melalui penipuan.
Walau bagaimana pun, aku megah dengan pendirian PAS Perak. Mereka akan adakan 'Blackout 505'  pada 26 Mei ini di Tapah.Siap ada Mat Sabu, DS Nizar, PJ Abu Bakar Hussein dan lain-lain... Adakah ini semua perbuatan gopoh?
Catatan Oleh alhusseyn pada 2:00 pm


Cakap Nik Abduh Senada Dengan Umno..

Utusan melaporkan:
Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?

Utusan spin macam tu dengan petik sikit apa yang Nik Abduh tulis dalam Facebook dia, yang kalau baca 'matan' dalam facebook dia tu walaupun tak berapa kena tapi tak seburuk yang Utusan spin.

Aku bukan nak sokong Nik Abduh tapi aku perlu bersikap adil jugak dengan dia. Dia dah jawab spin Utusan tu, hangpa boleh baca sendiri kad dalam facebook nik.abduh/posts/10201356677785680

Memang aku tak nafikan apa yang dia tulis tu tak salah dan jawapan balas dia lepas Utusan spin tu pun tak salah, yang kompom salah tentunya spin Utusan yang 'petik diluar kotak'.

Tapi kalau kita nak salahkan Utusan sangat pun tak berapa nak kena pasainya memang 'kerja' Utusan macam tu, jadinya yang bagi bola tanggung macam tu pada aku kira ada saham jugak.

Aku kata apa yang Nik Abduh tulis dalam facebook dia tu tak berapa nak kena pasai yang tulis tu dia, Timbalan Ketua Pemuda PAS. Kalau yang tulis tu Ketua Dewan Ulama' ataupun ketua Dewan Muslimat mungkin sesuai.

Maksud aku kenyataan tu mungkin sesuai kalau yang tulis tu golongan veteran, golongan yang dah 'banyak makan garam' yang memang patut banyak-banyak bersabar pasai nak bersemangat laju macam orang muda dah tak berapa nak boleh.

Patutnya sebagai Timbalan Ketua Pemuda, Nik Abduh kena beraksi macam orang muda, penuh semangat melawan tak kira apa saja didepan menghalang, tambah-tambah bila terbukti memang kita ditipu hidup-hidup.

Kena 'maintain' semangan macam tu paling kurang pun sampai ada 'orang tua' yang suruh sabar dan ingatkan jangan terburu-buru macam yang Nik Abduh tulis tu.

Aku cukup tak setuju kalau orang muda mensia-siakan tenaga dan semangat yang ada dengan berlagak macam orang tua, sama macam aku tak berapa setuju orang tua tak sedar diri nak beraksi macam orang muda.

Apa masalahnya kalau orang muda bersifat sedikit gopoh pasai memang macam tu tabiat orang muda. Lagipun kerja jenis macam demonstrasi ni memang kerja orang muda.

Ataupun, mungkin kut Nik Abduh sedar yang dia sebenarnya dah tua pasai umur dia dah 43 tahun, dah habih umur pemuda.

Dipetik dari cenangau/Posted by jeebond at 10:04 am 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena