Friday 24 May 2013

Timbalan Pesuruhjaya, Khalid Samad - PAS Selangor seru semua ahli sertai himpunan 505 petang ini...Menyangkal dakwaan Astro Awani!

Sabtu, 25 Mei 2013
PAS Selangor menolak dakwaan sebuah stesen TV, Astro Awani
SHAH ALAM: PAS Selangor menolak dakwaan sebuah stesen TV, Astro Awani kononnya menghalang ahlinya menyertai perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 di Petaling Jaya malam ini.
Bahkan, kata Timbalan Pesuruhjayanya, Khalid Samad, PAS Selangor menyeru semua ahlinya menyertai himpunan itu.
"Saya diberitahu, Astro Awani ada menyiarkan berita kononnya PAS Selangor menghalang ahlinya menyertai himpunan di padang Amcorp Mall malam ini.
"Saya ingin beritahu, ia tidak benar bahkan kita menyeru semua ahli dan penyokong menyertainya malam ini," kata Khalid (gambar kanan) ketika menghubungi Harakahdaily.
Sebelum ini,  PAS Pusat mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling itu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam hari ini.
Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.HD


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena