Monday 27 May 2013

Tuntutan Perkasa: 60 peratus ekuiti Bumiputera & kuota universiti awam...

Selasa. 28 Mei 2013

Perkasa tuntut 60 peratus ekuiti Bumiputera, kuota universiti awam

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Perkasa akan mendesak untuk mendapatkan 60 peratus sasaran ekuiti Bumiputera dan kuota untuk kemasukkan di universiti tempatan, sekali ganda dari kuota 30 peratus sekarang, kata pemangku presiden Perkasa Datuk Abd Rahman Abu Bakar.

Abd Rahman mengatakan, Barisan Nasional (BN) telah mendapat peningkatan sokongan daripada pengundi Melayu dalam pilihan raya umum 5 Mei, menyatakan Umno mendapat 88 daripada 133 kerusi Parlimen gabungan pemerintah itu, meningkat berbanding 79 kerusi dari 140 dimenangi BN pada Pilihan Raya 2008.

“Kita tidak meminta sesuatu yang tidak realistik,” kata Abd Rahman (gambar) dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider, membangkitkan Bumiputera adalah 67 peratus daripada populasi.

“Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada Melayu,” tambah timbalan presiden Perkasa, merujuk kepada keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan kemenangan lebih besar kepada Umno.

Abd Rahman walau bagaimanapun, mengatakan Cina sebagai tidak menghargai kerajaan dengan menolak BN dalam pilihan raya umum ke 13, walaupun analisis awal menunjukkan kelas menengah dan pengundi bandar telah menyokong Pakatan Rakyat (PR) tanpa mengira kaum.

“Jangan mencurah air di daun keladi,” katanya memetik pepatah Melayu merujuk kepada “pembaziran” usaha kerajaan BN untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina.

Tuntutan Perkasa meningkatkan kuota kaum akan menyebabkan kesukaran usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan reformasi dan menamatkan polisi berdasarkan kaum bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.

***********************
Pakatan Rakyat
Foto terbaik malam Himpunan Blacout 505 di Amcorp Mall... Peserta berbangsa Cina memayungi seorang Pakcik berbangsa Melayu yang sudah berumur dalam hujan renyai sepanjang Program berlangsung... -kredit foto: Topeng Perak Unmasked

Tatkala Najib, UMNO, bekas hakim dan sekalian akhbar & blogger pencacai meniupkan api perkauman di kalangan rakyat Malaysia dengan menyeru dan terus menghasut bangsa Melayu membenci kaum Cina kerana tertekan dengan keputusan pilihanraya yang lalu, sebilangan besar rakyat pula di bawah Pakatan Rakyat memupuk perasaan saling menyayangi dan rasa persaudaraan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Posted By Greenboc


Posted By Greenboc

***********************
Malaysia baru-baru ini merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya 4.1 peratus dalam suku pertama tahun ini, pertumbuhan paling rendah semenjak suku ketiga pada 2009, lebih rendah berbanding 5.5 peratus disasarkan oleh ahli ekonomi.

Apabila Najib mula-mula mengambil alih kuasa pada 2009, beliau mengumumkan pelan reformasi untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan ketelusan dan menamatkan polisi afirmatif pro-Bumiputera.

Akan tetapi impian Najib telah ditolak untuk kumpulan hak asasi Melayu dan golongan konservatif dalam Umno. Beliau masih lagi belum berani dengan langkah besar untuk menamatkan hak keistimewaan berasaskan etnik — dilihat memberikan manfaat kepada elit Melayu berbanding majoriti yang miskin.

Abd Rahman juga mengatakan syarikat Bumiputera seharusnya diberikan keutamaan dalam projek mega kerajaan dan mendesak agar Kementerian Pembangunan Usahawan perlu dihidupkan semula untuk membantu peniaga Melayu.

Beliau menambah universiti awam seharusnya menyediakan 60 peratus kuota kemasukan untuk Melayu dan Bumiputera lain.

Abd Rahman juga mengatakan kerajaan seharusnya berhenti memberikan dana atau tanah untuk sekolah Cina dan Tamil, selain mengurangkan kemasukkan mereka ke universiti awam dan biasiswa kerajaan untuk pelajar dari sekolah kebangsaan.

“Kita juga mahukan pelajar Melayu dan Bumiputera diberikan biasiswa penuh,” katanya.

“Kerajaan harus pertimbangkan untuk meneruskan Sekolah Wawasan… mereka mempromosikan perpaduan,” tambah timbalan presiden Perkasa itu.

Abd Rahman juga meminta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menukar pinjaman mereka kepada biasiswa bagi pelajar Bumiputera yang mendapat gred 2.5 keatas dalam ijazah mereka.

Abd Rahman menegaskan beliau bukan “rasis”, mengatakan Perkasa hanya memperjuangkan hak Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kumpulan lobi Melayu itu dinaungi oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mempunyai 407,000 ahli di seluruh Malaysia.

Abd Rahman mengatakan Perkasa mensasarkan untuk meningkatkan keahlian mereka kepada sejuta orang akhir tahun ini selepas pemilihan Perkasa pada September.

“Bumiputera seharusnya diberikan keutamaan di negara ini,” katanya.
Gambar hiasan: Artis melayu
Pontianak versi Melayu

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena