Tuesday 21 May 2013

Video: Laa Patut Le disebut Terenganu 'Darul Runtuh'? - Lebih 25 Buah Binaan dan Bangunan Yang Rosak, Roboh dan Runtuh Sejak 2008

Selasa, 21 Mei 2013
Runtuh Lagi! Bumbung Masjid Binjai Kertas Pula
Lebih 25 Buah Binaan dan Bangunan Yang Rosak, Roboh dan Runtuh Sejak 2008
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/binaan%20rosak%20dan%20runtuh.jpg



KUALA TERENGGANU -  Sejak peristiwa perobohan masjid Bujal, banyak binaan dan bangunan terutamanya yang dibina oleh kerajaan Umno-BN, khususnya dibina sewaktu zaman Idris Jusoh telah rosak, roboh dan runtuh.

'Badi' keruntuhan tersebut yang tidak henti-henti sehingga runtuhnya Masjid Binjai Kertas semalam 20 Mei, 2013, seolah-olah menjadi 'siri' runtuhan yang menyebabkan negeri Terengganu Darul Iman digelar sebagai 'Darul Runtuh'.

Ada binaan yang sudah disiapkan, tetapi tidak lama selepas itu telah runtuh dan rosak binasa seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak. 
Manakala ada yang runtuh sebahagiannya, setelah siap dibina seperti masjid Kampung Lingai di Batu Rakit, masjid Kampung Batu Putih di Kemasik dan yang terbaru, masjid Kampung Binjai Kettas di Kuala Berang.

Ada binaan awam yang sudah siap, tetapi tidak dapat digunakan kerana 'takdir Allah', walau pun segala kepakaran yang ada pada manusia, bangunan tersebut yang dibina begitu baik, tiba-tiba tanahnya mendap dan bangunannya rosak seperti Pasar Baru Kampung Binjai Kemaman, Sekolah enengah Kebangsaan Alor Limbat dan masjid al-Redga di kampung Manir.
Ada bangunan yang belum pun siap, tetapi telah roboh dan runtuh semasa pembinaannya seperti bangunan Universiti Malaysia Terengganu dan Pentas Astaka di bandar Jertih, Besut.

Dan banyak lagi bangunan-bangunan yang terdapat 'cecat cela' yang kesemuanya itu, menyebabkan kerajaan terutamannya rakyat Terengganu telah mengalami kerugian ratusan juta ringgit.
Berikut dilampirkan senara terbaru binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008;

1.    Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh    : 12 April 2008
Harga    : RM 2 juta

2.    Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh    : 2 Jun 2008
Harga    : RM292 juta
Punca    : “Semua buat silap” – Ahmad Said

3.    Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga :  RM 18 juta

4.    Siling  Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga  : (Terminal ) RM123 juta

5.    Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh    : 15 Mac 2009

6.    Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh    :  6 Ogos 2009.
Harga    : RM15 juta

7.    Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh    : 3 Oktober 2009
Harga    : RM 2.1 Juta

8.    Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh    : 21 Disember 2009
Harga    : sekitar RM700,000  (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju    : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca    : Tiada pemantauan semasa

9.    Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh    : 29 Mac 2010.

10. Pondok rehat di kawasan landskap Pasar Besar Kedai Payang 
Tarikh; 9 Januari, 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina

10. Astaka Dalam Pembinaan di Besut
Tarikh; 21 Jun, 2012

11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh; 19 Julai, 2012

12.Tangki Air Sekolah Menengah Paka
Tarikh; 24 Julai, 2012

13. Sengkuap bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh; 30 Disember, 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih tarikh; 20 Februari 2013

14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh; 20 Mei, 2013
Harga; RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah;

1.    Binjai Souq
2.    Bazaar Warisan
2.    Masjid Kristal Tarikh : 22 November, 2008
3.    Masji Kg Lingai Tarikh : 4 November 2009 Harga : RM3 juta
4.   Taman Tamadun Islam – Stor Dewan runtuh pada Julai 2010 
5.    Masjid An Naim Dungun
6.    Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga; RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulih
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta
7. Pasar Baru Kedai Buluh
8. Pasar Baru Manir
9.    Dewan Serbaguna dan Masjid di KETENGAH
10. Taman Panorama Bukit Pak Apil
11. Pagar padang sintetik KampungTok Jiring, beluam dirasmikan runtuh dipukul ribut pada 2 Mei, 2013
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 5/21/2013 06:59:00 PTG 
Gambar Sekadar Hiasan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena