Saturday 5 January 2019

[Video Rashid Enggan Jumpa Syed Saddiq] 2 MT Bersatu, peguam dilantik terajui GLC & Apasal KJ nak perli pelantikan GLC pemimpin Bersatu?

Sabtu, 5 Januari 2019

2 MT Bersatu, peguam dilantik terajui GLC

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Rina Harun melantik dua anggota majlis tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan seorang peguam bagi menerajui badan di bawah kementeriannya.
Dalam kenyataan hari ini, Rina berkata kementeriannya mencadangkan pelantikan berkenaan kepada Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan telah mendapat persetujuan.
Anggota Majlis Tertinggi Bersatu Sukiman Sarmani dilantik sebagai Pengerusi Universiti Teknikal Mara (Unitek-Mara), sementara seorang lagi anggota majlis tertinggi Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi dilantik sebagai pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd.
Menurut kenyataan itu, Sukiman mempunyai pengalaman dalam kajian dan pembangunan, termasuklah di Offshore Oil Production EPMI, Terengganu dan Pembangunan Kualiti Air dengan Jabatan Persekitaran.
Akhramsyah pula dikatakan merupakan pemegang ijazah Imperial College London bagi pengajian kejuruteraan kimia
"Beliau (Akhramsyah) pernah berkhidmat selama 16 tahun sebagai jurutera, perunding dan pengurus di syarikat petroleum antarabangsa," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Haniff Khatri Abdulla, yang pernah menjadi peguam Mahathir, dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.
Haniff merupakan sarjana undang-undang dari London School of Economics dan berpengalaman 19 tahun sebagai peguam.
mk.

KJ perli pelantikan GLC pemimpin Bersatu


Tidak akan ada lantikan politik oleh Pakatan Harapan dalam syarikat kerajaan (GLC).

Malaysia Baharu...

Breaking promises since 10 May, 2018.


Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin memerli pelantikan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerajui badan berkaitan kerajaan yang dibuat Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Rina Harun.
Khairy dalam kenyataan di Twitternya, mengingatkan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto untuk memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah dari kalangan golongan profesional, dan bukan berdasarkan kaitan politik.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena