Friday 4 January 2019

[Video Spekulasi pertukaran Agong: Tun M belum terima surat] Khairuddin challenges TMJ to abdicate and join politics! BLOGGER HEBAT pun sekadar 0.0000000000001% PENGARUHNYA! Laporan polis dakwa kenyataan isu Pulau Kukup, TMJ hina institusi raja.

Sabtu, 5 Januari 2019
Khairuddin challenges TMJ to  abdicate and join politics... 
Image may contain: 1 person
Ampun Tuanku, 

Sekiranya tuanku rasa tuanku hebat berpolitik dan gemar buat kenyataan-kenyataan berbaur politik; patik dengan rendah hati serta penuh tawadduk ingin sarankan kepada tuanku untuk turun takhta seterusnya libatkan diri dalam arena politik secara penuh masa!

Tuanku harus ikut jejak langkah mulia dan terpuji ybm tengku razaleigh hamzah dan ym tengku azlan sir abu bakar yang mencemar duli melibatkan diri sebagai tokoh politik sepenuh masa!

Tuanku jangan berada di atas takhta serta berselindung di belakang perlembagaan yang mana rakyat marhein akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya menjawab tohmahan tuanku secara kritis!

Perlembagaan dan undang-undang melindungi tuanku dari menerima kenyataan-kenyataan kritis dari rakyat jelata di peringkat akar umbi!

Bagi patik ianya amat kurang enak kerana tuanku boleh kritik rakyat marhein tetapi rakyat marhein tidak boleh mengkritik tuanku kerana keistimewaan perlembagaan untuk memagari tuanku! 

Sekiranya tuanku masih terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur politik; patik amat risau nanti kalangan rakyat marhein tidak lagi menghormati istana! 

Sesungguhnya, tuanku amat bijak pandai dan kemungkinannya berpendidikan tinggi! 

Lupakah tuanku bahawa negara kita mengamalkan sistem ‘Raja Berperlembagaan” yang melarang raja-raja melayu terbabit dengan politik?

Janganlah tuanku senantiasa serta secara berterusan mengungkapkan kenyataan-kenyataan politik yang amat tidak manis didengari oleh rakyat jelata kerana kita mengamalkan sistem ‘Raja Berperlembagaan!'

Tetapi seandainya tuanku rasa hebat berpolitik; turunlah dari takhta secara terhormat agar tuanku boleh terus mengkritik tokoh-tokoh pemimpin kerajaan seterusnya pula rakyat pun boleh mengkritik tuanku secara terbuka! 

Teladanilah jejak langkah ybm tengku razaleigh hamzah dan ym tengku azlan shah sir abu bakar! 

Jejak langkah ini barulah tuanku akan lebih dihormati dan dipandang mulia oleh sekalian rakyat marhein!

RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA! 

Ikhlas dari; 
KHAIRUDDIN ABU HASSAN 
28 Disember 2018 

BLOGGER HEBAT PUN SEKADAR 0.0000000000001% PENGARUHNYA.

Jika ada yang masih merasakan mata pena lebih tajam dari pedang..itu sudah jadi fantasi masa kini.

Utusan Malaysia pun bungkus kerana gagal mempertahankan Najib.

Mykemut, rikky antara blogger ternama, akhirnya sendiri tulis, sendiri baca.

Apatah blogger cabuk macam aku.

Yang membaca dan memberi komen, aku percaya tidak terpengaruh dengan blogger sebaliknya kebetulan sealiran atau sudah mempunyai pendapat yang bertentangan dan berbeza pendapat.

Blogger boleh buat uturn atau berapa kali nak pusing dan corner baring pun, who cares..

Dapat dedak? Juga tak mungkin...
Zaman itu sudah berlalu, hasilnya gagal..
Masih adakah yang mahu membayar untuk kena tipu dengan blogger?
Posted by 

Laporan polis dakwa kenyataan isu Pulau Kukup, TMJ hina institusi raja

Ahli Majlis Perbandaran Pontian, Kamarul Ariffin Harris Fadzillah dari DAP memadamkan hantarannya di Facebook berhubung catatannya mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Pulau Kukup selepas laporan polis dibuat terhadapnya.
Dalam hantaran terbarunya di Facebook, Kamarul Ariffin berkata beliau memadamkan hantaran itu atas nasihat rakan dan keluarga.
“Saya akui saya sendiri telah menulis posting tersebut dalam keadaan waras dan perkara tersebut adalah pandangan peribadi saya dan tidak ada kena mengena dengan pihak-pihak yang lain.

“Saya menulis dan memadamkan posting tersebut di atas kerelaan saya sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Akan tetapi, saya tetap dengan pendirian saya dan tidak akan berganjak walau seinci pun di dalam isu Pulau Kukup yang telah saya bangkitkan semalam. Pada pandangan saya, Pulau Kukup perlu diselamatkan dari sebarang kepentingan individu ataupun persendirian,” katanya.

Menurut Kamarul Ariffin, laporan polis telah dibuat terhadapnya dan beliau sedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang mungkin terluka atau terguris dengan kata-kata saya namun apa yang saya lakukan ini adalah demi kepentingan Pulau Kukup dan tidak ada kepentingan peribadi dari pihak saya,” katanya.

Laporan polis berkenaan turut dikongsi oleh Facebook Pemuda Umno Ayer Hitam.
Dalam postingnya sebelum ini, Kamarul mempersoalkan sama ada permohonan maaf TMJ baru-baru ini untuk mengalihkan perhatian orang ramai berhubung isu Pulau Kukup. Beliau juga menggesa agar tanah berkenaan "dipulangkan kepada rakyat"
Laporan polis yang dibuat terhadap Kamarul mendakwa beliau menghina institusi diraja Johor.

mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena