Saturday, 2 February 2019

[Video BERSIH LAPOR BN MELAKUKAN KESALAHAN PALING BANYAK semasa PRK Cameron] Ana turut kecewa, sekarang parti ana mula menjadi KHADAM Umno! Ramalanku benar belaka.

Sabtu, 2 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: teks

Ramalanku benar belaka

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata beliau sudah menjangkakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan menarik balik saman fitnah terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Hanipa yang juga merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas keputusan Abdul Hadi menyelesaikan kes saman yang difailkan pada 2017 itu di luar mahkamah.
"Dari awal saya dah ramal beliau akan tarik balik saman itu.
"Nampaknya betul ramalan saya kali ini. Kenapa saya ramal begitu, maaf tak boleh cakap di sini," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Tambah Hanipa, kes berkenaan yang ditarik balik tanpa perintah membayar kos bererti segala bayaran yang dibayar kepada peguam Abdul Hadi tidak akan dipulangkan.
Selain itu, kata Hanipa, dengan perkembangan terbaru berhubung perkara itu, laporan yang disiarkan Sarawak Report tidak boleh dikatakan fitnah.
"Bila kes tak jalan dan ditarik balik maknanya itu bukan dikira menang. Bila tak menang maknanya tak boleh kata apa yang disiarkan oleh Sarawak Report adalah sebagai fitnah.
"Apatah lagi dalam terma penyelesaian yang saya baca, tiada pun sebaris ayat Sarawak Report tarik balik tuduhan atau minta maaf yang mungkin boleh ditafsir sebagai satu concession atau pengakuan apa yang disiarkan oleh Sarawak Report adalah fitnah.
"Bila tarik balik kes dalam keadaan sebelum ini dilapor media audio "ana tahu" tidak dibantah jadi keterangan ia menimbulkan spekulasi bahawa isi audio itu mungkin sahaja tiada yang lain kecuali benar belaka," katanya merujuk rakaman suara yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada parti itu.
Clare Rewcastle Brown
Terdahulu, Setiausaha Politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman yang memaklumkan perkembangan saman fitnah itu berkata, antara penyelesaian luar mahkamah yang dibuat adalah Abdul Hadi Awang menarik balik tuntutan terhadap Clare.
Sementara Clare sebagai defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.
Ketika dihubungi Malaysiakini awal hari ini, Clare berkata, dengan penyelesaian luar mahkamah itu, rencana yang menjadi pertikaian dalam kes saman itu tidak akan ditarik balik.
Rencana yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 itu merupakan subjek pertikaian dalam kes saman yang difailkan Abdul Hadi  pada 21 Apr 2017.
Rencana itu mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.
PAS bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menyaman Sarawak Report.
Perkembangan terbaru ini hadir meski awal bulan lalu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad membuat rayuan kepada anggota dan penyokong parti itu supaya menghulur derma bagi membantu menyelesaikan kos guaman saman Abdul Hadi itu.
Mengulas lanjut, Hanipa berkata, dengan penyelesaian luar mahkamah itu, ahli PAS yang mahu kes itu terus dibicarakan akan kecewa.
"Saya rasa ahli PAS yang mahukan kes itu dibicarakan tapi nampak kini harapan hanya tinggal harapan. Tak apa derma untuk perjuangan Islam atas ruh wala' akan dikira satu amalan baik," katanya.
Malaysiakini.

1 comments:

nick said...

Masa PRU 14 yg lepas sibuk walaun2 dok guna hashtag UP kononnya "undi PAS" tapi walaun2 PAS dah kena tipu sebab #UP tu makna sebenarnya "Ulur Pitis" AKA makan duit UMNO. PAS dah jadi parti BACIN, busuk BACIN!

Nick.
Cape Tiger.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena