Thursday 21 February 2019

[Video Umno Si Jantung Hati Pas] Jentera PAS 'ghaib' di Semenyih? Lari dah?

Khamis, 21 Februari 2019
NAIB Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan (kiri) bersama jentera pemuda berkempen untuk calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi di Taman Kantan Permai. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Lari dah. Kikikiki.
TS

Jentera PAS 'ghaib' di PRK Semenyih? 

HULU LANGAT: Meskipun PAS menegaskan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, kelibat jentera PAS seolah-olah tidak wujud apabila ahli parti itu langsung tidak kelihatan setakat hari keempat berkempen.
Tinjauan BH di beberapa program calon BN, Zakaria Hanafi sejak hari pertama mendapati beliau hanya ditemani ahli UMNO dan sayap parti itu, umpama menterjemahkan maksud ‘perbezaan’ komitmen PAS dalam PRK itu, berbanding di Cameron Highlands.
Sehingga hari ini, hanya ada satu kempen bersama antara kedua-dua parti pembangkang itu ketika bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turun ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kantan Permai, Ahad lalu.
Zakaria yang ditanya mengenai perkara itu sebelum ini, hanya memberi alasan bahawa BN dan PAS sudah memutuskan tugas dan gerak kerja masing-masing.
Ketua PAS Cawangan Taman Kantan Permai, Mohd Nadzri Zainul ketika dihubungi BH pula berkata, kempen jentera PAS bagi membantu calon BN pada PRK DUN Semenyih, hanya terbatas di sekitar kawasan Kantan Permai.
Katanya, PAS hanya akan memberi tumpuan di kubu kuat parti Islam itu, memandangkan peranan mereka dalam PRK ini hanya sebagai sokongan kepada BN.
“Setakat ini PAS hanya akan menggerakkan jentera untuk berkempen di kawasan Kantan Permai sahaja kerana dalam PRK ini, kita hanya menyokong jentera BN.
“Tumpuan PAS di sini adalah terarah kepada kempen rumah ke rumah, melaksanakan majlis tahlil dan bacaan Yassin dan Jumaat ini, akan ada program ceramah bersama antara wakil PAS dan BN,” katanya.
Bagaimanapun, tinjauan BH di sekitar Kantan Permai hari ini, tidak menemui sebarang pergerakan jentera kempen PAS di kawasan yang memiliki 5,651 pengundi daripada keseluruhan 54,503 pengundi dalam DUN Semenyih.
Turut menimbulkan persoalan apabila program ramah mesra bersama penduduk Kantan Permai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan di kubu kuat PAS itu juga, tidak disertai jentera walau seorang pun jentera parti Islam berkenaan.
Ditanya mengenai ketidakhadiran jentera PAS bagi menyokong program itu, Shahril berkata, kerjasama antara BN dan PAS masih kekal utuh.
“Tetapi, tidak bermaksud setiap program itu mesti ada sahabat kita PAS. Kita tunggu hujung minggu ini, akan ada majlis besar yang akan dimaklumkan oleh Ketua Pemuda UMNO bersama Pemuda PAS.
“Walaupun kita bekerjasama dengan PAS,tetapi ada masanya kita akan terus bergerak dengan hanya jentera BN kerana calon kita adalah daripada BN.
“Jadi kita pentingkan pergerakan kita. Kalau mereka boleh sertai nanti, lagi bagus,” katanya.
Ditanya jumlah kempen bersama antara BN dan PAS yang sudah dirancang, Shahril hanya berkata ‘agak banyak’, namun tidak memiliki data berkenaan.
“Data itu dikumpul dalam bilik gerakan dan saya tidak ada maklumat tapi hampir kesemua PDM membabitkan kedua-dua parti.
BH Online.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena