Tuesday 19 February 2019

[Video Apa Hubungan Abduh dengan CIA?] Bekas KB Bersatu Perak harus muhasabah, kata Armada.

Rabu, 20 Februari 2019

Image may contain: 5 people, people smiling, text
TS.
Bekas KB Bersatu Perak harus muhasabah, kata Armada
Semua bekas ketua Bersatu bahagian di Perak yang terlibat dengan  pembubaran 13 jawatankuasa bahagian dinasihati agar berlapang dada menerima keputusan itu dengan meletakkan kepentingan parti serta anggota di bahagian mengatasi kepentingan diri sendiri.
Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, “pembubaran jawatankuasa di beberapa bahagian termasuk di bahagian-bahagian yang dianggotai individu berkenaan antara faktor utamanya berpunca daripada kelemahan kepimpinan peringkat bahagian itu sendiri sebelum ini”.
Beliau berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab mereka yang terlibat dengan pembubaran mesti bermuhasabah dan akur kepada keputusan itu yang bukan dibuat sewenangnya melainkan setelah dikaji dan dibincang secara terperinci oleh kepimpinan tertinggi parti.
Ahad lepas, lapan Ketua Bersatu di negeri ini enggan menerima notis pembuburan jawatankuasa bahagian masing-masing. Bahagian terlibat ialah Beruas, Bagan Serai, Lenggong, Gerik, Teluk Intan, Tapah, Batu Gajah dan Larut.
Pada 12 Feb, Ahmad Faizal, yang juga Menteri Besar, menyatakan bahawa pembubaran itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti 29 Jan lepas sebagai antara usaha dari segi pentadbiran untuk memperkemaskan jentera parti.– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena