Wednesday, 20 February 2019

[Video Semenyih 'Tipu beri wang' Kami akan buat laporan polis - Aiman] Menteri arah RTM sediakan laporan liputan ‘sabotaj’ k’jaan PH.

Rabu, 20 Februari 2019
KiniTV.
Pakatan Harapan (PH) akan membuat laporan polis berhubung sabotaj oleh pihak tertentu yang menggunakan nama PH untuk melakukan penipuan. Menurut calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali, beliau berharap dalam pilihan raya kali ini perlawanan haruslah dijalankan secara bersih mengikut undang-undang yang ditetapkan. Semalam Malaysiakini melaporkan ratusan penduduk berkumpul di kawasan berdekatan pasar di sebuah kampung kerana diberitahu ada pihak akan menghulurkan bantuan tunai. Penduduk di Kampung Bahru Semenyih dijanjikan akan diberi wang tunai RM100 oleh pihak yang tidak dikenali semalam. Ketua Kampung Bahru Semenyih, Gan Boon Chong, yang menemani calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali untuk berkempen di kawasan gerai makan dan pasar berdekatan dilabel orang kampung sebagai 'pembohong'. "Saya dipanggil pembohong pagi ini dan saya tidak mengerti kenapa. Seorang penduduk memberitahu seseorang telah menggunakan nama saya untuk memberikan wang tunai dan sebanyak 500 salinan fotostat MyKad telah dikumpulkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Kampung Bahru Semenyih merupakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan pengundi Cina yang paling ramai sebanyak 83 peratus, manakala pengundi Melayu 10 peratus dan pengundi India tujuh peratus daripada 3,211 orang yang mendaftar sebagai pemilih. Pada PRU14, dianggarkan kira-kira 83 peratus pengundi Cina di Semenyih telah mengundi calon PH.

Menteri arah RTM sediakan laporan liputan ‘sabotaj’ k’jaan PH

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengarahkan stesen penyiaran kerajaan, RTM untuk menyediakan laporan mengenai kemungkinan ada kakitangannya mensabotaj kerajaan persekutuan.
Ini susulan liputan secara langsung acara sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan yang diadakan di Seremban dengan tidak melaporkan sebarang berita dari Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.
"Ia dibangkitkan malam tadi dan saya melihat siaran itu pagi ini sebelum ke lapangan terbang.
"Saya telah meminta RTM memberi laporan kepada saya. Dapat laporan nanti, saya akan buat apa yang perlu," katanya kepada pemberita di George Town hari iniselepas pelancaran Terragraf bagi Komunikasi dan Facebook YTL, iaitu pasaran pertama di Asia, di Georgetown hari ini.
Ditanya sama ada wajib untuk RTM dan media milik negara lain untuk menerbitkan atau menyiarkan sebarang ucapan oleh seseorang menteri, Gobind berkata, "Ini liputan secara langsung."
"Saya telah meminta mereka untuk butirannya, terutama acara yang mereka diminta hadir, mengikut terma dan prosedur operasi standard.
"Saya perlu melihat perkara ini sebelum saya mengulas," katanya.
Sambutan rumah terbuka itu diadakan di Dataran Sentrio, Seremban dan dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Ia turut dihadiri Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, timbalannya Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan Lim Guan Eng serta anggota kabinet.
Untuk rekod Loke ialah anggota parlimen Seremban.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

ini mesti kerja geng geng "rehat tunggu mati" yg dok berkulat kat angkasapuri tu

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena