Tuesday 19 February 2019

[Live Tun M & PH MASIH TIDAK MENUTUP Kes Skandal Rasuah RM90 juta] Bongkerr Joterrr Joterrr Hadi & Najib! Cakap Siapa Betul? Ahmad Faizal sedih kawan dalam Bersatu desak letak jawatan.

Selasa, 19 Februari 2019
Image may contain: 2 people, meme, text and closeup
TS

Ahmad Faizal sedih kawan dalam Bersatu desak letak jawatan

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu tidak berasa tertekan dengan desakan lapan ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini yang mahukan beliau meletak jawatan.
Pengerusi Bersatu Perak itu berkata beliau ketika ini lebih memfokuskan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya menubuhkan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
"Saya sedih jugalah apabila kawan-kawan (dalam parti) suruh saya letak jawatan tetapi saya masih okay sebab saya sudah kerap kali disuruh letak jawatan daripada mula-mula menjadi pengerusi Bersatu (negeri) sebelum kita belum menubuhkan kerajaan negeri.
"Namun, saya sentiasa cuba (melaksanakan tugas) dengan seikhlas mungkin kerana saya bukan orang yang sempurna, tentunya ada kelemahan tetapi saya yakin kepada mereka yang mendukung semangat perjuangan parti seterusnya membantu saya memperkuatkan parti agar kita dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya.
Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Pakatan Harapan negeri berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman strategi perniagaan baharu Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh hari ini.
Ahad lepas, lapan ketua bahagian Bersatu iaitu Beruas, Bagan Serai, Lenggong, Gerik, Teluk Intan, Tapah, Batu Gajah dan Larut yang menerima notis pembuburan bahagian masing-masing mendesak Ahmad Faizal meletakkan jawatannya kerana didakwa gagal dan tidak mampu mentadbir urus parti berkenaan dengan baik sehingga menimbulkan pelbagai masalah di peringkat akar umbi. 
Pembubaran bahagian
Menurut Ketua Bahagian Gerik, Ibrahim Hanafiah mendakwa perkara paling ketara ialah pembubaran beberapa bahagian parti itu di negeri ini yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan parti selain alasan pembubaran yang tidak benar antaranya jawatankuasa bahagian tidak lagi berfungsi, tidak aktif dan anggotanya tidak dapat dikesan.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata tindakan majlis tertinggi parti yang membubarkan beberapa bahagian di negeri ini adalah sah mengikut perlembagaan parti.
"Saya hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi itu yang membubarkan beberapa bahagian dan itu adalah satu keputusan bersama dan bukannya hanya semata-mata keputusan satu atau dua orang pemimpin, ia adalah keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi parti.
"Saya tidak fikir apabila keputusan kepimpinan untuk membubarkan (bahagian) kita, tiba-tiba itu bukan keputusan yang tepat, tetapi apabila kepimpinan melantik kita untuk sesuatu jawatan, ia adalah keputusan yang tepat. Ini bukanlah satu semangat politik yang nak dibawa oleh parti," katanya.
Pada 12 Februari lepas, Ahmad Faizal juga menyatakan bahawa pembubaran itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti 29 Januari lepas sebagai antara usaha dari segi pentadbiran untuk memperkemaskan jentera parti.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena