Tuesday 19 February 2019

[Video Jentera PAS 'ghaib' di PRK Semenyih] Najib akui strategi 3 penjuru gagal & BOSSKUL All the Najib cases - Total charges 42, Total bail RM6 million! Husam dipanggil SPRM malam ini..Steady bossku.

Selasa, 19 Februari 2019
Najib akui strategi 3 penjuru gagal.
Nik Abduh akui terima duit umno dan kerjasama itu wujud.
Najib nafi duit RM2.6 billion masuk ke acc dia walaupun no acc tersebut no acc dia.
Nik Abduh nafi suara didalam audio ana tau suara dia walaupun suara tersebut mmg suara dia.
Serupa tapi tak sama...cth bohong syarie
Imej mungkin mengandungi: 1 orang

Husam dipanggil SPRM

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di Kota Bharu, malam ini.
Menurut sumber Amanah Kelantan, bekas anggota dewan undangan negeri (Adun) Salor itu akan ke Ibu Pejabat SPRM Kelantan, jam 9 malam.
"Ya betul, 9 malam ini, kami pun baru (tahu)," kata sumber yang enggan namanya disiarkan kepada Malaysiakini.
Difahamkan, Husam dipanggil bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penerimaan dana Umno oleh beberapa pimpinan PAS yang kini sedang disiasat SPRM.
SPRM sedang menyiasat dakwaan penerimaan dana Umno oleh pemimpin PAS yang dikatakan diakui AJK PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam suatu rakaman audio kontroversi.
Minggu lalu, dalam pengakuannya, Nik Abduh berkata penafiannya mengenai rakaman audio itu sebelum ini dibuat atas gesaan pemimpin PAS dan selepas mendapat restu presiden parti, Abdul Hadi Awang.
Susulan pengakuan itu, beberapa pemimpin PAS turut tampil mempertahankan tindakan Nik Abduh dan menyifatkan ia sebagai strategi parti mereka berdepan PH semasa pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Ketika diminta mengulas isu berkenaan baru-baru ini, Abdul Hadi pula menyifatkan adalah "wajib" seseorang itu berbohong demi menjaga maslahat.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena