Tuesday 19 February 2019

[Video PH Masih Diterima Di Semenyih - Calon PH] DAKWAAN UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP Tun M? Spekulasi PH mahu menjatuhkan PM oleh PAS hanya mahu mengelak isu rasuah dedak Umno & Kain rentang anti-Mahathir, pro-Anwar muncul di KL.

Rabu, 20 Februari 2019

Kain rentang anti-Mahathir, pro-Anwar muncul di KL

Kain rentang menolak kepimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan mendukung Presiden PKR Anwar Ibrahim muncul di sekitar Kuala Lumpur.
Setakat ini, ia dikesan dipamer di dua tempat, iaitu Bangsar dan Taman Permata, Kuala Lumpur.
Di Bangsar ia digantung di jejantas Jalan Bangsar, berdekatan stesen LRT Abdullah Hukum.
Di Taman Permata pula, difahamkan ia digantung di lebuh raya MRR2, berdekatan pasar raya besar Giant.
Kain rentang itu bertulis “Mahathir letak jawatan! Anwar Ibrahim PM ke-8 demi selamatkan Malaysia”.
Turut dimuatkan gambar Anwar dan logo PKR.
Namun, setakat ini belum terdapat maklumat pihak mana yang bertanggungjawab menggantungnya.
Sementara itu, PKR akan membuat laporan polis berkaitan penggantungan kain rentang itu.
“Pagi tadi, satu kain rentang fitnah politik yang berniat jahat telah dinaikkan di jejantas Jalan Bangsar di depan Apt Abd Hukum/Putra Ria. 
“Saya percaya ia dibuat oleh musuh politik Pakatan Harapan.
“Saya telah arah anggota PKR untuk segera turunkan dan buat laporan polis berkenaan insiden ini,” kata anggota parlimen kawasan itu daripada PKR Fahmi Fadzil.
Pagi tadi, satu kain rentang fitnah politik yang berniat jahat telah dinaikkan di jejantas Jalan Bangsar di depan Apt Abd Hukum/Putra Ria. Saya percaya ia dibuat oleh musuh politik Pakatan Harapan.
Saya telah arah anggota KEADILAN untuk segera turunkan dan buat laporan polis berkenaan insiden ini.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, kasut
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Malaysiakini.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, rakaman dekat
Spekulasi PH mahu menjatuhkan PM oleh PAS hanya mahu mengelak isu rasuah dedak UMNO 
-Anwar Ibrahim.
-Muhammad Sabu
-Muhyiddin Yassin
-Lim Kit Siang
KENYATAAN MEDIA
DAKWAAN UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP YAB PERDANA MENTERI TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin menarik perhatian berhubung spekulasi kononnya wujud komplot untuk membuat undi tidak percaya terhadap YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
AMANAH melihat khabar angin ini sengaja dimainkan parti lawan untuk mengalih pandangan rakyat terhadap pertuduhan dan siasatan terhadap segelintir pemimpin mereka serta krisis kepimpinan yang sedang membelit parti itu sehingga mengikis kepercayaan ahli mereka. AMANAH juga percaya bahawa usaha ini dibuat bagi menggugat kestabilan dan mengganggu fokus kerajaan Pakatan harapan yang sedang bekerja keras untuk mensejahterakan hidup rakyat.
Ingin ditegaskan bahawa, tidak timbul langsung soal undi tidak percaya terhadap YAB Tun. AMANAH dan parti-parti komponen lain dalam Pakatan Harapan sentiasa teguh di belakang YAB Tun dalam usaha melakukan reformasi menyeluruh dan menambah baik tadbir urus negara.
Sebagai Presiden AMANAH, saya menyeru kepada ahli di segenap peringkat untuk terus menumpukan kepada usaha-usaha mengembangkan dan menambah keahlian anggota parti. Paling penting, kita perlu bekerja keras untuk memastikan calon Pakatan Harapan akan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih yang sedang kita hadapi.
"MENGGALAS AMANAH, MEMBINA NEGARA"
HJ. MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
20 Februari 2019

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena