Wednesday 20 February 2019

[Video Cubaan GULINGKAN Tun M Terbongkar] Kalau hangpa nak tahu sebab apa pimpinan PAS benci sangat2 kat Husam? Bekas perunding media Najib didakwa 'in absentia' (tanpa kehadiran).

Khamis, 21 Februari 2019
YB Senator Hj Husam telah selesai dipanggil SPRM bagi membantu memberikan keterangan atas dakwaan Pimpinan PAS menerima dana 1MDB RM 90juta..
Kalau hangpa nak tahu sebab apa Pimpinan PAS benci dan dendam pada YB Hj Husam kerana beliau banyak menyimpan rahsia penyelewengan dan salah guna kuasa dan mampu mendedahkannya..
Hari ini pula Kerajaan Kelantan mengeluarkan kenyataan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

KAH355

Husam serah bukti isu RM90 juta kepada SPRM

Selain memberi keterangan, Naib Presiden Amanah Husam Musa turut dikatakan memberikan bahan bukti ketika ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di Kota Bharu, semalam.
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ia bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan penyaluran RM90 juta oleh Umno kepada pemimpin PAS.
"Husam hadir untuk berikan keterangan dan menyerahkan bukti berkaitan isu penerimaan dana Umno oleh pemimpin PAS.
"Difahamkan bukti tersebut berbentuk dokumen dan rakaman percakapan," katanya yang enggan nama didedahkan.
Husam ke ibu pejabat SPRM pada pukul 9.25 malam semalam dan keluar kira-kira sejam 30 minit kemudian.
Mk.
Bekas perunding media Najib didakwa 'in absentia'
Paul Stadlen, bekas penasihat media kepada perdana menteri Najib Razak, hari ini didakwa tanpa kehadiran (in absentia) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta.
Bernama yang memetik sumber Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata Stadlen kelahiran Britain didakwa di mahkamah sesyen.
“Pihak Pendakwaan dari AGC mengendalikan kes tersebut,” kata sumber itu dan menambah oleh kerana beliau telah melarikan diri dari Malaysia pendakwaan terpaksa dijalankan secara ‘in absentia’.
Stadlen yang berstatus penduduk tetap di Malaysia sebelum ini dikatakan menguruskan operasi akhbar dan perhubungan awam Najib.
Pada November lalu, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata, Stadlen diburu untuk membantu siasatan skandal 1MDB dan dia telah meninggalkan Malaysia sebelum PRU ke-14.
Akhbar British The Daily Mail pada masa itu melaporkan Stadlen, 39 tahun, dipercayai terbang ke London sebelum ke destinasi yang tidak diketahui.
Alamat terakhirnya di Malaysia adalah Unit A-29-8, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, Kuala Lumpur.
Kempen anti-Anwar
Pada 2009, kerajaan BN pada masa itu membayar RM77 juta kepada Apco Worldwide untuk menguruskan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
Walaupun dikritik pelbagai pihak, kontrak dengan firma itu dilaporkan diperbaharui pada 2010.
Wall Street Journal sebelum ini melaporkan Stadlen adalah sebahagian daripada 'Pasukan Komunikasi Nasional Pejabat Perdana Menteri' pada 2013.
Bagaimanapun kerajaan pada 2015 menafikan Stadlen diambil menjadi kakitangan kerajaan, dan justeru tidak menerima elaun dan gaji daripada kerajaan.
Selepas peranannya dalam Apco, Stadlen juga bekerja dengan FBC Media, sebuah kumpulan lobi yang dikaitkan dengan kempen atas talian terhadap Anwar Ibrahim oleh penulis blog Amerika Syarikat, Josh trevino dan syarikatnya, Rogue Communications.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena