Wednesday, 20 February 2019

[Live PAS TERKORBAN DEMI UMNO?] Walaun Uturn sudah! Pemulangan Sirul dari Australia dibincang dengan PM & Mat Sabu anggap semua dari PAS bohong belaka.

Khamis, 21 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Uturn sudah. Kiki
TS,

Pemulangan Sirul dari Australia dibincang dengan PM - Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata deportasi Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan dan dihukum mati kerana membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu, dari Australia akan dibincangkan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
"Ia akan dibincang dengan Perdana Menteri. Jika hukuman mati mandatori boleh diubah, dia (Sirul) boleh balik," kata Dr Wan Azizah ketika diminta mengulas mengenai usaha Sirul Azhar mendapatkan suaka politik ditolak oleh sebuah mahkamah Australia pada Isnin, sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita negara itu hari ini.
Jurucakap Jabatan Peguam Negara Australia berkata hari ini Sirul Azhar boleh diekstradisi ke Malaysia dengan syarat ada aku janji bahawa hukuman mati tidak akan dilaksanakan.
Sirul Azhar, bekas seorang pengawal peribadi, dikenakan hukuman mati itu pada 2015.
Mengulas kain rentang yang dikesan dipasang di Bangsar untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri dan mendukung Presiden PKR Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: "Itu perbuatan jahat untuk memecah-belahkan kami."- Bernama
Malaysiakini.

Mat Sabu anggap semua dari PAS bohong belaka

Bagi Presiden Amanah Mohamad Sabu, kini sukar mempercayai apa yang diperkatakan oleh pemimpin PAS, antaranya berkenaan sokongan parti itu.
Beliau - dahulunya timbalan presiden PAS - ditanya berkenaan pemimpin parti itu yang baru-baru ini menyuarakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Bohong, bohong. Dia bohong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Penjara Kajang, hari ini.
"Bohong sudah jadi rukun bagi mereka (pemimpin PAS), (termasuk) bohong kepada Dr Mahathir. Mereka sudah mengaku boleh berbohong, apa yang mereka cakap pun saya anggap bohong," katanya.
Antara pemimpin PAS yang menyatakan sokongan itu adalah Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.
Isu 'sokongan PAS' timbul selepas Mahathir mendakwa Hadi berikrar menyokongpentadbirannya dan tidak akan menyokong Umno pada PRK Semenyih.
Ia dinyatakan dalam satu pertemuan yang turut dihadiri Takiyuddin dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 15 Februari lalu.
Bagaimanapun Takiyuddin berkata sokongan itu demi menghalang dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang menurutnya mahu menyingkirkan Mahathir daripada kedudukan perdana menteri melalui undi tidak percaya.
Dakwaan itu dinafikan pemimpin PH, antaranya Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Terdahulu, beberapa pemimpin tertinggi PAS membela Nik Abduh yang akhirnya mengakui rakaman suara dalam rakaman audio tular berkenaan penerimaan wang Umno, memang miliknya.
Mereka berkata langkah membuat penafian dibenarkan berdasarkan keperluan dan keadaan tertentu.
Ia susulan pengakuan Nik Abduh berhubung perkara itu, dan kenyataannya bahawa penafiannya sebelum ini atas gesaan pemimpin parti.


Mengulas lanjut, Mohamad meluahkan kekecewaannya terhadap seorang anggota jawatankuasa pusat PAS. Walaupun tidak menyebut secara khusus, jelas beliau merujuk kepada Nik Abduh berkenaan isu rakaman audio itu.
“Dia kata pemimpin dia suruh bohong. Yang paling mengecewakan dia sebut ayah dia pembohong, sedangkan ayahnya ialah (allahyarham) tok guru Nik Aziz yang amat kami hormati.
“Jadi ahli-ahli PAS terserahlah. Kita harap ahli PAS semua dapat bersama-sama menyokong calon daripada PH (untuk PRK Semenyih),” katanya lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena