Sunday 24 February 2019

[Video Umno Si Jantung Hati Pas] Kini, Dato Tuan sendiri tersungkur di kaki pemakan dedak Umno! Riza, McFarland guna AS$4 juta dana 1MDB beli saham.

Ahad, 24 Februari 2019
Image may contain: 2 people
Tiada penerangan foto disediakan.
Sudah tidak terbilang kalinya ana tegaskan ada pemimpin parti ana yang memang nak bawa parti bersama UMNO. Kini, Dato Tuan sendiri tersungkur di kaki pemakan dedak Umno.

Riza, McFarland guna AS$4 juta dana 1MDB beli saham

Dana bernilai AS$ 4.2 juta yang dikaitkan dengan 1MDB didakwa digunakan oleh Riza Aziz dan rakan perniagaannya Joey McFarland untuk membeli saham dalam sebuah syarikat pengurusan fasiliti di Kentucky, Amerika Syarikat.
Riza Aziz adalah anak tiri kepada bekas menteri perdana menteri Najib Razak.
Butiran baru ini dimasukkan dalam saman pelucutan sivil terbaru AS ke atas aset yang berkaitan dengan 1MDB.
Mengikut tuntutan mahkamah, kedua-dua mereka membeli 43.37 peratus saham firma itu, yang dinamakan 'Syarikat 1', pada bulan Jun 2013.
Tidak jelas mengapa mereka membeli syarikat itu. 
Seorang eksekutif dinamakan Eksekutif # 2 Syarikat 1 dilaporkan berkawan dengan McFarland.
Sebanyak AS$ 4.2 juta digunakan untuk pembelian berkenaan, telah dipindahkan terus dari Red Granite Investment Holdings - sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Riza - kepada eksekutif lain yang dinamakan sebagai Eksekutif 1 Syarikat 1.
Dana berkenaan adalah sebahagian daripada AS$50 juta yang diterima Red Granite Capital dari Telina Holdings untuk membiayai penggambaran The Wolf of Wall Street.
Telina Holdings, adalah syarikat berdaftar milik British Virgin yang dimiliki oleh individu yang dikatakan sebagai konspirator skandal 1MDB, Khadem Abdulla al-Qubaisi, yang juga pengarah urusan International Petroleum Investment Co.
Menurut DOJ, filem Wolf of Wall Street digunakan sebagai cagaran untuk pinjaman.
Jabatan itu mendakwa rancangan untuk pembelian itu bermula pada bulan November 2012, dan telah diperkatakan sejak bulan-bulan berikutnya.
Lapan belas bulan selepas pembelian, pada Januari 2015, McFarland menerima agihan sebanyak AS$ 3.5 juta daripada Syarikat 1. 
McFarland kemudian memindahkan AS $ 1.5 juta kepada akaun peribadi Riza.
Pada bulan Januari tahun ini, Syarikat 1 melalui firma gabungan New FM Acquisition Company, membelanjakan AS $ 28.1 juta untuk membeli balik saham dari Red Granite Investment Holdings dan McFarland.
Dana itu kemudiannya dimasukkan ke akaun escrow yang dipegang oleh ejen escrow, firma undang-undang Squire Patton Boggs.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena