Tuesday 26 February 2019

[Video PH-Kita Tak Lakukan Kejahatan Kepada Orang] Ahli-ahli parti ana dah mula sarung baju BN & Anwar dakwa PAS bayar RM 1 juta kepada Sarawak Report.

Rabu, 27 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks
Untuk sebaran umum
Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim PRK Semenyih.
Tarikh : 27 Feb 2019
Hari. : Rabu
Semua dijemput hadir
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum
Ahli-ahli parti ana dah mula sarung baju BN. Tahniah!!! Tak sabar nak tengok presiden parti ana sarung baju BN juga. Maka suci bersihlah segala dosa BN selama ini...

Anwar dakwa PAS bayar RM 1 juta kepada Sarawak Report untuk selesai luar mahkamah

Presiden PKR mendesak PAS memberi penjelasan sama ada penyelesaian kes mahkamah di antara Abdul Hadi Awang dan editor Sarawak Report turut melibatkan bayaran lebih RM1 juta.

Anwar Ibrahim berkata wujud kenyataan tidak sekata di antara Abdul Hadi dan Clare Clare Rewcastle-Brown berhubung penyelesaian luar mahkamah saman tersebut.

"Saya nak tanya dan dapat kepastian, apakah ada bayaran yang diberi pada Clare dari pas? Lebih daripada RM1juta, boleh tak disahkan?" katanya pada sidang media selepas memberikan ucapan di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa Pulau Pinang di George Town, Pulau Pinang.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tsim Tze Tzin.

Abdul Hadi menyaman Clare ekoran rencana disiarkan portal pembocor maklumat itu pada 2016 yang mendakwa PAS menerima dana 1MDB sebanyak RM90 juta.

Bagaimanapun kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan syarat-syarat yang dipersetujui untuk dirahsiakan.

Penyelesaian itu bagaimanapun tidak menyebabkan rencana yang dipertikaikan itu ditarik balik siarannya.

Dana masuk akaun pemimpin PAS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula pada 24 Feb berkata siasatan setakat ini tidak menemui bukti ada dana RM90 juta dimasukkan ke akaun rasmi PAS. 

Menurut Anwar beliau sebenarnya enggan memanjangkan isu berkenaan dengan PAS walaupun dikecam berkali-kali .

Namun kata anggota parlimen Port Dickson itu beliau membangkitkan persoalan tersebut selepas melihat ada percanggahan kenyataan di antara PAS dan Clare.

"Ini kali pertama saya bangkitkan (mengenai saman Abdul Hadi) kerana saya lihat (wujud) percanggahan kenyataan, termasuklah boleh berbohong yang sukar saya diterima sebagai orang Islam,” katanya.


Anwar juga meminta SPRM memberikan gambaran lebih menyeluruh mengenai dakwaan yang dikaitkan ke atas PAS agar rakyat dapat memahaminya.

Menurut Anwar kenyataan diberi Clare adalah jelas iaitu dana daripada Umno kepada PAS dipindahkan melalui beberapa pemimpin parti tersebut.

"Dakwaan bahawa dana 1MDB masuk ke akaun PAS mungkin datang dari sumber-sumber lain," katanya.

Anwar berkata Abdul Hadi yang memulakan tindakan undang-undang ke atas Clare namun kemudian menariknya semula baru-baru ini.

Pada masa sama katanya Clare juga tidak meminta maaf atas laporan yang disiarkan portalnya malah terus membuat dakwaan ke atas PAS.

"Ini hanya menunjukkan PAS tidak dapat mempertahankan diri mereka," katanya.
GDaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena