Yang mana bohong yang mana benar berita ini? Nabi Ibrahim pun kamu tuduh berbohong?
Berputaq-putaq
Nik Amar dah berkokok...
Saya tunggu Mohd Amar “memenatekan” isu pertemuan Hadi Awang dengan Dr Mahathir. Selalunya kalau Nik Amar bersuara ia boleh menghilangkan katuk. Nampaknya dia sudah bersuara. Katuk saya pun dah hilang.
Dia seperti juga orang Pas lain menafikan perjumpaan itu kononnya untuk mengharap belas ehsan bersabit isu siasatan RM90 juta.
Sebaliknya kata Nik Amar pertemuan itu untuk mengatakan sokongan kepada Dr Mahathir atas kepasitinya sebagai PM demi Melayu dan Islam dan juga untuk selamatkan Mahathir daripada diganggu pihak tertentu.
Wah, hebat Nik Amar dan cara dia bersilat pulut. Mudah cerita dengan kekuatan 18 orang ahli parlimen kononnya Pas dapat mempertahankan Dr Mahathir. Walaupun Nik Amar dan yang lain tidak menyebut, pihak berkenaan, dengan “simsilabim” difaham ia adalah dituding kepada DAP dan PKR.
Cuba dibawakan cerita kononnya Dr Mahathir akan diancam undi tidak percaya dalam parlimen. Inilah tesis yang dibuat oleh Pas untuk menjustifikasi pertemuan Hadi dengan Dr Mahathir tempoh hari yang kini menjadi polemik.
Bagi orang Pas tesis atau teori ini dipercayai oleh orang Pas. Orang Pas katalah apa pun mereka akan telan. Kalau ibarat buat rambutan akan ditelan dengan butir sekali, bahkan kulit berbulu pun dimakan asalkan ia dihulurkan oleh pemimpin mereka. Orang Pas jenis macam lembu makan baik merembat rumput tanpa kira racun atau tidak.
Sebenarnya teori itu tidak logik dan Pas lambat dalam bertindak. Kalau nak bantu Dr Mahathir demi Melayu dan Islam bukan selepas pilihan raya tetapi sebelum. Kenapa perlu baik dengan orang setelah dia hendak “berbewah?” Cara Pas tidak bermaruah.
Kalau Pas cerdik dan benar-benar niat untuk mempertahankan Mahathir dan Islam, kenapa tidak disokong semasa pilihan raya dahulu? Bukankah sudah dua tiga kali berunding dengan Mahathir. Atau ketika itu kerana masih yakin Najib Razak berkuasa? Dan kalau percayakan Najib dapat menjaga Islam dan Melayu kenapa dah tukar baju tak jadi sedondon lagi. Tidakkah itu satu kepura-puraan?
Nik Amar dan Pas tidak payah berdolak dalik, mereka teori yang memabukkan itu. Kalau takut kerana siasatan RM90 juta katakan takut. Kalau jujur nak bantu Mahathir memperkuatkan bangsa dan Melayu, mengaku sahaja. Jangan berdolak dalik mencabangkan lidah.
Kita tahu Pas bencikan DAP dan Anwar Ibrahim. Tidak ada masalah itu hak dan pilihan Pas. Tetapi dengan cuma menjadikan Dr Mahathir sebagai titian ia tidak gentlemen. Politik cara begitu juga politik dangkal dan berpasir.
Sebenci-benci Dr Mahathir kepada Anwar saya percaya dia lebih tidak suka kepada cara Hadi berpolitik. Amanat Hadi dan tuduhan Pas kepada Umno sebagai parti kafir tetap akan diingat ke akhir hayat. Perkataan Umno kafir sudah masuk ke tulang hitam.
Dan kena ingat sebelum Mahathri jadi mualaf setelah meninggal Umno tubuh Bersatu, dia juga dikafirkan. - MSO
TS
Husam: SPRM nasihat tak beri kenyataan
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa memberitahu media bahawa beliau dinasihatkan tidak memberi kenyataan berhubung kehadirannya memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), di Kota Bharu, Kelantan malam ini.
"Saya dinasihatkan oleh SPRM supaya tidak memberi apa-apa komen, bagi mereka (SPRM) selesaikan," katanya ketika ditemui media sebaik keluar daripada Ibu Pejabat SPRM Kelantan, sebentar tadi.
Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan keluar selepas kira-kira sejam 30 minit memberi keterangan.
Ketika ditanya berhubung tujuan dipanggil SPRM itu, Husam mengesahkan ia mempunyai kaitan dengan dakwaan penyaluran dana Umno kepada pemimpin PAS yang sedang disiasat.
Terdahulu Malaysiakini melaporkan, Husam tiba di pejabat SPRM itu jam 9.25 malam dengan menaiki kereta jenis Toyota Inova ditemani pemandu.
Turut hadir beberapa pimpinan Amanah peringkat negeri Kelantan dan kira-kira 20 penyokong.
Sebelum ini media melaporkan Husam antara empat individu yang akan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penerimaan dana Umno oleh pemimpin PAS.
Perkembangan terbaru ini hadir selepas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui rakaman audio yang tular Mac tahun lalu adalah suaranya.
Pada 8 Februari lalu Nik Abduh dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes tersebut.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment