Wednesday 27 February 2019

[Video Anwar ada bukti yg cukup PAS bayar Clare Sarawak Report! Pas tak boleh menafikan] PAS nak kritik boleh, tapi BOHONG jangan.

Rabu, 27 Februari 2019
KiniTV
Apabila Anwar Ibrahim membangkitkan isu bayaran daripada PAS kepada pengarang portal Sarawak Report semalam, ternyata ia bukan dibuat begitu saja. Sebaliknya kata presiden PKR itu beliau menanyakan isu bayaran kepada Clare Rewcastle Brown kerana mendapati ada keanehan pada penyelesaian saman berkenaan. Lebih daripada itu Anwar berkata beliau mempunyai maklumat tambahan yang kukuh. Anwar berkata kepada media di Kuala Lumpur hari ini. Anwar ditemui di majlis anugerah Hadiah Sastera Perdana Kumpulan Utusan di ibu pejabat akhbar tersebut. Anwar yang sebelum ini tidak memberi komen terhadap isu saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang ke atas Clare mengubah pendekatannya sejak semalam. Di Pulau Pinang Anwar meminta PAS mengesahkan sama ada benar atau tidak parti itu membuat bayaran lebih RM1 juta kepada pihak Clare. Petang semalam pula Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut.

PAS nak kritik boleh, tapi bohong jangan

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau tetap mengenang PAS sebagai parti sahabat yang pernah bersamanya suatu ketika dulu.
Bagaimanapun katanya apabila PAS terus menyerangnya - termasuk mendakwa mahu menggugat Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri - beliau terpaksa bersuara dan menegur.
Untuk tempoh selama dua atau tiga tahun lalu, kata Anwar, beliau tidak memberikan reaksi kepada tuduhan dilemparkan PAS.
Namun kini katanya parti terbabit dilihat cuba melaga-lagakan beliau dengan Mahathir.
"Ini kerja PAS, sebab itu saya mula menegur," katanya.
Sebelum itu Anwar menghadiri majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan di ibu pejabat akhbar itu di Kuala Lumpur hari ini.
Kata Anwar lagi tindakannya itu turut mendapat teguran apabila dilihat bersikap keras kepada PAS, namun ia tidak bermaksud begitu.
Jangan lagakan kami
"Saya tengok ada usaha berterusan dan akhirnya ada lagi usaha (melaga-lagakan beliau dengan Mahathir).
"Setelah bersusah payah menderita selama 20 tahun pun nak lagakan saya dengan Mahathir, maka saya pilih untuk jelaskan," katanya.
Menurut Anwar lagi isu beliau mahu menyingkirkan Mahathir melalui undi tidak percaya di parlimen mula dibangkitkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Kata anggota parlimen Port Dickson itu berkata beliau mengadakan perbincangan dengan pemimpin parti dalam PH dan semuanya mengesahkan tiada sebarang usaha untuk mengetepikan Mahathir sebagai perdana menteri.
"Kami terikat dengan perjanjian yang kami meterai iaitu untuk memberi sokongan kepada Tun (Mahathir) menjadi perdana menteri.
"Oleh itu soal nak batalkan (perjanjian tersebut) adalah tidak mungkin. PKR memberi sokongn kepada beliau seperti yang dijanjikan, jadi jangan cuba laga-lagakan kami," katanya.
Menurut Anwar beliau tiada masalah untuk berbeza pendapat, termasuk dengan PAS.
Namun katanya jika ia membabitkan fitnah, ia tidak boleh dibiarkan.
"Sebab itu saya katakan kepada PAS, dia boleh beri pandangan berbeda, dia boleh kritik saya tapi untuk dia berbohong atau fitnah, maka saya bagi pandangan agak tegas: jangan," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena