Wednesday 20 February 2019

[Video Masuk Bersatu CARI PERLINDUNGAN?] Husam telah serah bukti isu RM90 juta kepada SPRM.

Rabu, 20 Februari 2019
Image may contain: 5 people, people smiling, text

Husam telah serah bukti isu RM90 juta kepada SPRM

Selain memberi keterangan, Naib Presiden Amanah Husam Musa turut dikatakan memberikan bahan bukti ketika ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di Kota Bharu, semalam.
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ia bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan penyaluran RM90 juta oleh Umno kepada pemimpin PAS.
"Husam hadir untuk berikan keterangan dan menyerahkan bukti berkaitan isu penerimaan dana Umno oleh pemimpin PAS.
"Difahamkan bukti tersebut berbentuk dokumen dan rakaman percakapan," katanya yang enggan nama didedahkan.
Husam ke ibu pejabat SPRM pada pukul 9.25 malam semalam dan keluar kira-kira sejam 30 minit kemudian.
Sebelum ini media melaporkan Husam antara empat individu yang akan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan.
Siasatan SPRM susulan langkah Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan saman fitnahnya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown berhubung dakwaan itu, di luar mahkamah.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini mengakuisuara dalam rakaman berhubung penerimaan wang Umno itu - yang tular Mac lalu dan dinafikannya ketika itu - memang miliknya.
Beliau dan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berkenaan perkara itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena