Thursday 21 February 2019

[Video Ramai Ahli UMNO Sabah masuk Bersatu] Auta lah lebai selagi boleh auta tu, yg pasti walaun tetap akn di tipu! 1MDB - Polis rampas kereta, wang tunai dari rumah Roger Ng.

Jumaat, 22 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Auta lah lebai selagi boleh auta tu, yg pasti walaun tetap akn di tipu.
Otai BERSIH

Polis rampas kereta, wang tunai dari rumah Roger Ng

Polis pada Selasa lalu menyerbu rumah bekas pengarah urusan Goldman Sachs Roger Ng dan merampas tiga buah kereta dan wang tunai RM49,000, menurut sumber Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla).
Menurut sumber lagi, dalam serbuan di Damansara Heights, Kuala Lumpur, kereta-kereta yang dirampas daripada jenis Toyota Alphard, a Toyota Prius dan BMW.
Model khusus BNW itu tidak dinyatakan.
Serbuan itu dibuat susulan siasatan polis terhadap 1MDB, kata sumber lagi.
Bulan lepas, polis menyerbu syarikat guaman Rahmat Lim & Partners dan merampas dokumen berkaitan pelaburan negara sarat hutang itu.
Rahmat Lim & Partners mewakili Goldman Sachs ketika pengeluaran bond 1MDB yang keseluruhannya bernilai AS$6.5 bilion pada tahun 2012 dan 2013.
Ng ditahan pada 1 November lalu selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Dia kemudian didakwa oleh Jabatan Keadilan (DOJ) AS bersama bekas pegawai bank Goldman Tim Leissner dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, berkaitan beberapa pertuduhan jenayah berkaitan skandal 1MDB.
Pada 15 Februari lalu, Ng bersetuju diekstradisi ke AS untuk berdepan pertuduhan itu.
Peguam Negara Tommy Thomas bagaimanapun menasihatkan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menghantarnya ke AS selepas kesnya di mahkamah Malaysia selesai.
Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan oleh AG bahawa Ng akan berdepan pertuduhan bulan depan.
Malaysiakini,

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena