Sunday, 24 February 2019

[Video Jho Low Guna Projek Hartanah Di Makkah & Madinah] Lebih baik Nazri Aziz sertai PH, kata MCA.

Ahad, 24 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Menyalak sakan para walaun dengan status Rafizi ni. Berani betul sindir lebai haprak pemakan dedak Umno/Najib ni...

Lebih baik Nazri Aziz sertai PH, kata MCA

Ketua Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting menyifatkan Setiausaha Agung BN Nazri Abdul Aziz berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) apabila menggunakan sentimen perkauman ketika berkempen di Semenyih.
Wong berkata kenyataan Nazri mengguris kaum bukan Melayu dan menggesa agar beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.
"BN tak perlu ahli politik yang kurang ajar, kurang cerdik dan gila seperti Nazri.
"Pada kempen PRK Semenyih, Nazri sekali lagi membuat kenyataan menyerang bukan Melayu. Jelas, Nazri seorang ahli politik yang berada dalam BN tapi sebenarnya berkempen untuk Pakatan Harapan (PH)," kata Wong dalam kenyataan media hari ini.
Justeru, kata Wong, lebih baik Nazri meninggalkan BN dan menyertai PH.
Wong berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Nazri dalam ceramah di Beranang semalam.
Dalam ucapannya, Nazri menuduh kerajaan PH lemah dan terpaksa menyerahkan hak-hak Melayu kepada kaum lain.
Nazri berkata, perkara itu dapat dilihat dengan pelantikan bukan Melayu sebagai ketua hakim negara, peguam negara dan menteri kewangan.
Mengulas lanjut, Wong menegaskan bahawa tiada sesiapa yang mempersoalkan hak istimewa kaum Melayu.
Wong juga menuduh Nazri mempersoalkan sekolah jenis kebangsaan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Kenyataan Nazri boleh dianggap sebagai hasutan, polis perlu menyiasat beliau," katanya.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena